GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Pilihan Ramai Nasi Kandar Sedap Di Kuala Lumpur

Kalau peminat Nasi Kandar, mesti kenal lokasi ni. Di Kuala Lumpur, Restoran Kudu Bin Abdul antara lokasi yang menyediakan menu Nasi Kandar yang popular dan sedap. Sejak puluhan tahun, ramai yang jadi peminat setia restoran ini sebab ramai yang kata Nasi Kandar Sedap Di Kuala Lumpur ada di Restoran Kudu.

Saya bukan la peminat Nasi Kandar. tetapi, apa sahaja menu yang sedap dan halal, itulah yang menjadi kegemaran. Nasi Kandar pun sebenarnya ada citarasa yang tersendiri, bukan hanya lauk pauk, tetapi kuah yang disediakan mestilah sepadan dengan citarasa.

Nasi Kandar Sedap Di Kuala Lumpur

Nasi Kandar Sedap Di Kuala Lumpur

Untuk peminat sebenar nasi kandar, mungkin mereka tahu menilai yang mana sedap dan mana tidak. Tapi kalau citarasa biasa seperti saya, nasi kandar Restoran Kudu boleh dikatakan berbaloi untuk di cuba. Bukan sahaja ada banyak pilihan lauk pauk, harga yang dijual di sini juga amat berpatutan.

Untuk sepinggan nasi kandar dengan lauk ayam goreng atau kicap dan cili hijau, harga cuma sekitar RM8 sahaja. Kalau nak makan dengan lauk udang, sotong atau daging, harga berbeza. Paling mahal rasanya bila makan nasi kandar lauk udang. Kalau ambik udang saiz XXL, harga sepinggan mesti cecah RM25++.

Baca : MrJocko dan Review Makan

Nasi Kandar Sedap Di Kuala Lumpur
Nasi Kandar Restoran Kudu

Nasi Kandar Sedap Di Kuala Lumpur
Lunch di Restoran Kudu
Nasi Kandar Sedap Di Kuala Lumpur
Menu Popular di Restoran Kudu

Untuk lokasi Restoran Kudu ni, ia boleh dikatakan strategik. Ia terletak di tengah ibukota, berdekatan dengan kemudahan awam dan juga ada ruang parking yang banyak. Kalau nak lagi mudah, boleh datang ke sini dengan motorsikal, parkir percuma.

Tips kalau nak makan di sini, sebaiknya datang makan seawal jam 11.30 pagi kalau untuk makan tengahari. Antara waktu ini, sehingga jam 12.00 tengahari, boleh dikatakan tak perlu beratur panjang. Orang masih tak ramai.

Tapi, kalau datang selepas jam 12.30 tengahari hingga jam 2.30 petang, selalunya barisan beratur akan menjadi panjang dan menunggu sekitar 30 minit hingga satu jam.

Untuk baca review tentang menu di Restoran Kudu Penang di Kuala Lumpur ni, boleh baca di TripAdvisor. Mungkin ia akan membantu korang untuk buat pilihan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.