GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Rimle Kitchen Restaurant Pak Bara Halal Muslim

Makan malam di Pak Bara memang tak jadi masalah untuk orang Muslim. Ada ratusan gerai dan restoran halal muslim sepanjang jalan dan juga sepanjang persisir pantai Pak Bara. Antara restorang yang kami singgah ketika media trip bulan lepas, di Rimle Kitchen Restaurant Pak Bara Halal Muslim.

Sepanjang pantai menuju ke Jeti Pak Bara, ada banyak gerai berada disebelah kiri jalanraya, jika dari Satun menuju ke Pak Bara Pier. Spenjang kedai makan di sini, boleh dikatakan banyak kedai makanan Halal Muslim dan menyediakan menu utama termasuk menu makanan Thai Seafood dan juga beberapa gerai makanan Western.

Rimle Kitchen Restaurant Pak Bara Halal Muslim

Rimle Kitchen Restaurant Pak Bara Halal Muslim

Rimle Kitchen Restaurant Pak Bara Halal Muslim

Malam pertama kami di Pak Bara, kami singgah untuk mencuba menu menu sedap di Restoran Rimle Kitchen (Rimle Kitchen & Restaurant Pak Bara).

Kawasan restoran agak luas dengan beberapa lokasi meja makan terbuka dan satu kawasan makanan berhawa dingin. Memandangkan cuaca elok, makan ditepi pantai di meja terbuka sambil mendengar ombak di waktu malam, memang mengasyikkan.

Rimle Kitchen Restaurant Pak Bara Halal Muslim

Rimle Kitchen Restaurant Pak Bara Halal Muslim

Nak lihat pakej apa yang menarik untuk menu sedap di Klook Offers boleh layari link :

Klook.com

Menu yang dihidangkan pada malam itu, termasuk menu Ikan Goreng Kailan, Udang Masak Manis, Siakap Stim Limau, Kerabu Sotong, Kepah Laut Bakar dan juga Kailan Ikan Masin. Sayangnya malam tu tak ada menu Tomyam.

Rimle Kitchen Restaurant Pak Bara Halal Muslim

Rimle Kitchen Restaurant Pak Bara Halal Muslim

Rimle Kitchen Restaurant Pak Bara Halal Muslim
Resipi Siakap Stim Limau Thailand
Rimle Kitchen Restaurant Pak Bara Halal Muslim
Kerabu Sotong Thailand

Rimle Kitchen Restaurant Pak Bara Halal Muslim

Pun begitu, dalam banyak-banyak menu yang kami cuba malam tu, Siakap Stim Limau dan juga Udang Masak Manis memang pilihan utama MrJocko. Memang rasa sedap dan lain dari menu biasa yang dijual dan dihidangkan di restoran makanan Thailand di Malaysia.

Sebab itu, ramai pelancong yang datang ke Thailand, bukan sahaja nak tengok tempat menarik di Thailand, tetapi untuk rasa sendiri keenakkan makanan yang sedap dan terkenal di seluruh negara Thailand. Salah satu destinasi yang banyak menu makanan halal, sudah pasti di kawasan Hatyai, Songkhla dan Satun di Selatan Thailand.

Kalau belum ada masa ke Satun Thailand, saya memang mngesyorkan anda bersama keluarga berkunjung ke sini. Ada banyak pakej melancong murah ke Selatan Thai termasuk Hatyai, Songkhla dan Satun dengan harga pakej serendah RM299 seorang.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.