GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Senang Tak Cari Makanan Halal Muslim Street Food Di Hatyai Thailand?

Pelancong Muslim, khasnya orang Malaysia, mereka yang pertama kali mahu melancong ke Hatyai, pasti akan tertanya, Senang Tak Cari Makanan Halal Muslim Street Food Di Hatyai Thailand? Untuk mereka, pasti rasa tak senang hati jika tak tau cara untuk untuk cari makanan halal di Haytai. Maklum lah, Thailand bukan negara Muslim.

Untuk info semua pembaca, perkongsian tentang makanan halal di Thailand telah banyak dikongsi oleh ramai pelancong sebelum ini. Rakan blogger yang lain juga banyak berkongsi informasi tentang tempat dan lokasi restoran dan gerai makanan halal di Hatyai untuk panduan semua.

Baca : MrJocko dan Cerita Travel ke Hatyai Thailand

Senang Tak Cari Makanan Halal Muslim Street Food Di Hatyai

Halal Muslim Street Food Hatyai Thailand 05 copy

Untuk informasi semua, kalau kita lihat pendudukan dari sempadan Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis, hingga membawa ke sekitar Songkla dan Krabi, masih ramai lagi rakyat Thailand beragama Islam. Senang kata, Hatyai antara bandar di Selatan Thailand yang masih lagi mempunyai ramai penduduk Islam yang ramai.

Kawasan sekitar Narathiwat, Yala, Satun, Songkla di Thailand dikatakan mempunyai penduduk melebihi 50% yang beragama Islam. Jadi secara teori mudah, jika anda melalui kawasan ini, InsyaAllah, akan ada banyak restoran Halal Muslim untuk anda cuba.

Halal Muslim Street Food Hatyai Thailand 01
Nasi Goreng Pakapau Hatyai

Halal Muslim Street Food Hatyai Thailand 02

Halal Muslim Street Food Hatyai Thailand 03
Seafood Halal Hatyai
Halal Muslim Street Food Hatyai Thailand 04
Halal Muslim Street Food Hatyai Thailand 04

Kalau sebut makanan Halal Muslim sekitar Hatyai dan Songkla, memang ada banyak. Nak cari menu makanan di Hotel, Restoran Mahal, Gerai ataupun menu Street Food, boleh dikatakan ada banyak pilihan untuk anda semua cuba.

Samada anda mencari menu asli dari negara Thailand atau mencari menu Asia dan menu antarabangsa, banyak kedai makan menjual makanan halal di sini. Bahkan, menu Western pun ada yang halal, di masak oleh orang Muslim Thailand.

Mengikut TripAdvisor, ini senarai Restoran Makanan Halal Muslim Terbaik di Hatyai.

Jadi, untuk anda yang nak melancong ke Hatyai, jangan risau. Ada banyak pilihan menu makanan halal. Bukan itu sahaja, kebanyakkan hotel memang menyediakan menu sarapan pagi yang halal. Malah, di kawasan sekitar Hatyai masih ada banyak Masjid dan Surau untuk anda terokai atau singgah untuk solat.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.