GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Food Review Restoran Istanbul Kebab Lock RD Hong Kong

Pertama kali melancong ke Hong Kong, ini antara Restoran Halal Muslim pertama saya singgah. Masa tu, Disember 2015. Tak sempat nak share pengalaman makan di sini, kali ini, baru berpeluang untuk Food Review Restoran Istanbul Kebab Lock RD Hong Kong. Restoran Halal Muslim makanan Turki ini menghidangkan menu berasaskan Kebab, bersebelahan dengan Masjid Kowloon Hong Kong.

Kalau nak cari restoran halal Istanbul Kebab ini agak susah sedikit kerana terletak di belakang bangunan iSquare Hong Kong. Untuk lebih mudah, cari laluan Lock Road Hong Kong, bersebelahan dengan Nathan Road Hong Kong, InsyaAllah boleh jumpa. Ia sebuah restoran yang kecil boleh memuatkan sekitar 20 orang pelanggan dalam satu-satu masa.

Food Review Restoran Istanbul Kebab Lock RD Hong Kong

Restoran Istanbul Kebab Lock RD Hong Kong 01 copy

Restoran Istanbul Kebab Lock RD Hong Kong 02

Restoran Istanbul Kebab Lock RD Hong Kong 03
Restoran Istanbul Kebab Lock RD Hong Kong 03

Banyak juga menu kat sini, dari pilihan menu kebab ayam, daging dan juga kambing. Termasuk pilihan roti naan dan juga nasi biryani. Cuma, harga menu makanan kat Restoran Istanbul Kebab ni boleh tahan. Satu menu sekitar HKD80 (MYR40), belum termasuk dengan minuman. Ya, kos sara hidup di Hong Kong sangat mahal berbanding lokasi negara Asia lain, termasuk Jepun dan Korea.

Antara menu halal muslim yang popular di Restoran Istanbul Kebab ini ialah termasuk menu SAC Kebab, Mixed Doner, Chicken Kofte, Lamb Iskander dan Chicken Iskender. Harga satu hidangan ini bermula dengan HKD80 hingga HKD100.

Restoran Istanbul Kebab Lock RD Hong Kong 04

Restoran Istanbul Kebab Lock RD Hong Kong 05
Istanbul Kebab Lock RD
Restoran Istanbul Kebab Lock RD Hong Kong 06
Nasi Kebab di Istanbul Kebab

Kali ini, MrJocko order menu 2 Pcs Roti Naan dan juga Chicken Kebab. Harga untuk set ini HKD100 tidak termasuk minuman.

Untuk rasa, ya memang berbaloi dengan harga. Rasa ayam yang dihidangkan memang terasa dengan rempah. Tambahan pula jenis ayam garing seperti ini, di bakar dengan cara pusingan cara orang Turki menjadikan ia masak dengan rasa agak garing. Sedap.

Yang nak cari informasi lagi tentang restoran ini, boleh jenguk laman Facebook Istanbul Kebab.

Untuk alamat, boleh ke alamat ini :
Shop 1A, G/F, Tsim Sha Tsui Mansion 36-50 Lock Road, T.S.T., Kln. (1,566.52 mi)
Tsim Sha Tsui

Restoran ini dibuka seawal jam 10.00 pagi dan tutup jam 11.45 malam setiap hari.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.