GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Akibat Krisis Kewangan Thomas Cook Bankrupt

Mengejutkan seluruh dunia pada minggu ini, Syarikat pelancongan tertua di dunia Thomas Cook yang berpusat di Britain akhirnya diisytihar Muflis. Akibat Krisis Kewangan Thomas Cook Bankrupt dan lebih 20,000 kakitangan mereka seluruh dunia kini hilang pekerjaan dengan serta merta.

Untuk info, Thomas Cook adalah syarikat pelancongan yang mula beroperasi pada tahun 1841 dan antara Agensi Pelancongan yang menguruskan Penumpang Rasmi Sukan Olimpik moden pertama tahun 1896.

Baca : MrJocko dan Syarikat Penerbangan

Sebelum ini, syarikat Thomas Cook, syarikat pelancongan British itu memerlukan sekitar £200 juta dana tambahan untuk mengelakkannya daripada muflis.

Akibat Krisis Kewangan Thomas Cook Bankrupt

Thomas Cook Bankrup 02 copy

Ekoran dari pengumuman Thomas Cook Muflis, kesemua pesawat yang dipunyai dan dikendalikan oleh Thomas Cook Airlines telah diminta pulang ke United Kingdom dengan serta merta walaupun tanpa penumpang.

Semua pakej penginapan dan penerbangan daripada syarikat Thomas Cook yang telah dibeli pelanggan secara automatik telah dibatalkan. Ramai yang terkandas dan terkesan dengan kejadian ini. Sekarang, pihak kerajaan Britain sedang berusaha untuk membawa balik lebih 150,000 warga UK yang terkandas di luar negara, satu usaha terbesar dalam sejarah United Kingdom.

Thomas Cook Bankrupt 03
Thomas Cook Bankrupt

“Bankruptcy Declared:

As of around 02:15 am London Time Thomas Cook has officially declared bankruptcy. As such, the airline has stopped operating flights. Additionally, ticket sales have ceased. Meanwhile, Condor, a subsidiary of Thomas Cook, says that flights are operating as normal as of around 10 PM UTC.”

Apa yang akan berlaku kepada pesawat-pesawat Thomas Cook?

Sehingga Julai 2019, Thomas Cook Airlines, sebahagian daripada kumpulan Thomas Cook keseluruhan mempunyai kumpulan 34 pesawat. Ini termasuk 27 pesawat terbang dekat / pertengahan Pesawat A321-200 dan 7 penerbangan jarak jauh Pesawat A330-200.

Mungkin, kesemua pesawat-pesawat ini akan dijual kepada syarikat penerbangan lain untuk membantu membayar semula hutang £ 1.7b Thomas Cook yang terlalu banyak. Itu sahaja cara paling cepat dan mudah untuk menutup hutang mereka dan menyelesaikan masalah ini. Kalau ada cara lain, ia satu keajaiban.

Ada sesiapa disini pernah menggunakan khidmat Thosmas Cook atau terbang dengan penerbangan Thomas Cook Airlines???

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.