GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Perusahaan Ikan Bilis Kampung Bebuluh Laut Labuan

Selalu sangat makan nasi dengan ikan bilis kan? Orang Melayu mesti pernah rasa ikan bilis. Kalau nak tengok sendiri bagaimana ikan bilis ini diproses, boleh ke Perusahaan Ikan Bilis Kampung Bebuluh Laut Labuan. Ia mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk ke sini, samada untuk sekadar melihat bagaimana ikan bilis diproses atau pun membeli produk yang diusahakan oleh mereka.

Lokasi Kampung Bebuluh Laut ini terletak kira-kira 12km sahaja dari pusat bandar Labuan dan kira-kira 20 minit sahaja dari Lapangan Terbang Labuan. Kalau anda ada menyewa kereta, ia lebih mudah untuk ke sana. Ataupun, ambil prkhidmatan GrabCar.

Perusahaan Ikan Bilis Kampung Bebuluh Laut Labuan

Perusahaan Ikan Bilis Kampung Bebuluh Laut 01
Perusahaan Ikan Bilis Kampung Bebuluh Laut
Perusahaan Ikan Bilis Kampung Bebuluh Laut 02
Proses Mengasingkan Saiz Ikan
Perusahaan Ikan Bilis Kampung Bebuluh Laut 03
Asingkan Jenis Ikan

Perusahaan Ikan Bilis Kampung Bebuluh Laut 06 copy

Baca : Kalau Lapar, Jom Ke Anjung Ketam

Perusahaan ini diusahakan oleh keluarga Encik Sabtu Aminah sekeluarga dan kini ia semakin berkembang dengan adanya tambahan beberapa lagi kawasan jemuran ikan bilis bagi menampung permintaan dan juga hasil tangkapan ikan di persisir pantai Labuan.

Ikan bilis yang diproses di sini mempunyai pelbagai gred, termasuk gred ikan bilis terbaik yang dijual dengan harga melebihi RM40 sekilogram. Kualiti ikan bilis bergantung kepada saiz ikan dan juga kualiti ia diproses.

Selain dari ikan bilis mereka juga turut membuat sambil bilis dan beberapa jenis produk sampingan lain, hasil dari ikan yang mereka tangkap di sini.

Perusahaan Ikan Bilis Kampung Bebuluh Laut 07
Tempat Menjemur Ikan Bilis
Perusahaan Ikan Bilis Kampung Bebuluh Laut 09
Sambal Ikan Bilis Bebuluh Laut
Perusahaan Ikan Bilis Kampung Bebuluh Laut 05
Ikan Bilis Yang Siap Untuk di Jual
Perusahaan Ikan Bilis Kampung Bebuluh Laut 06
Ikan Bilis Gred Terbaik

Saya sendiri sangat mengesyorkan anda membeli Ikan Bilis di Kampung Bebuluh Laut ini kerana beberapa faktor termasuk :

1. Kesemua ikan bilis yang ditangkap pada hari yang sama di proses secepat mungking
2 . Ikan bilis ini dijemur di atas tempat khas tinggi di persisir laut
3. Ikan bilis ini tidak dipijak-pijak seperti yang dilakukan oleh segelintir pengusaha lain
4. Dari pemerhatian saya, tiada haiwan seperti kucing atau anjing berkeliaran di kawasan ini dan agak mustahil untuk haiwan tersebut naik ke tempat jemuran
5. Perushaan Ikan Bilis Bebuluh Laut ini diusahakan oleh Perusahaan Bumiputera

Untuk ke sini, boleh ikut laluan menggunakan Google Maps Kampung Bebuluh Laut.

Nota Kaki : Kamera dan Lensa untuk trip ini ditaja oleh Lens Library

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.