GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Dutch Lady Kellogg’s Agih 50,000 Sarapan Sihat Percuma

Setiap pagi orang Malaysia ramai yang tidak bersarapan dengan menu sarapan yang sihat. Sebab itu, untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang pentingnya sarapan pagi yang sihat, pihak Dutch Lady Kellogg’s Agih 50000 Sarapan Sihat Percuma di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur termasuk di Stesen LRT Ampang Park bermula seawal jam 6.00 pagi hingga jam 11.00 pagi.

Sarapan pagi adalah makanan pertama yang kita makan selepas ‘berpuasa’ selama 8 hingga 12 jam daripada hidangan makan malam terakhir. Oleh kerana itu sarapan yang cukup nutrisi sangat penting untuk memberikan tenaga sebenar dan kesihatan kepada kita. Kalau untuk anak-anak kita, sarapan sihat seperti bijirin dan susu segar ini akan membantu mereka belajar dengan lebih mudah dan otak yang sihat.

Baca : Hidup Sihat dengan Exercise

 

Dutch Lady Kelloggs Agih 50000 Sarapan Sihat Percuma

Dutch-Lady-Kelloggs-Agih-50000-Sarapan-Sihat-Percuma-00 copy

Mr Tarang Dutch Lady Malaysia & Mr Anoop Kellogg's Malaysia
Mr Tarang Dutch Lady Malaysia & Mr Anoop Kellogg’s Malaysia

Untuk makluman anda, Bulan Oktober adalah Bulan Sarapan Dutch Lady dan jenama susu No. 1 yang mana turut berkerjasama dengan jenama Kellogg’s Malaysia untuk mengagihkan sebanyak 50,000 set sarapan percuma. Set sarapan sihat dari Ducth Lady dan Kellogg’s ini sudah pun diagihkan sejak 21 Oktober yang lalu sehingga hari ini 31 Oktober 2019.

Sarapan yang sihat patut diambil oleh orang dewasa. Hasil dari tabiat yang sihat ini, ia akan mempengaruhi anak-anak kita yang lebih muda untuk turut sama dalam pengambilan menu sarapan pagi yang sihat. Kanak-kanak yang dalam tumbesaran memerlukan nutrien mikro dan makro yang ebih baik untuk mengelakkan mereka daripada obesiti dan aktif dalam aktiviti mereka seharian.

Tahu tak anda, lebih dari 40% rakyat Malaysia tidak mengambil sarapan pagi yang sihat. Menurut kajian My Breakfast pula, 1 dari pada 4 kanak-kanak yang berumur 6 – 17 tahun tidak mengambil sarapan sekurang-kurangnya 3 hari dalam seminggu.

 

Dutch-Lady-Kelloggs-Agih-50000-Sarapan-Sihat-Percuma-10

Dutch-Lady-Kelloggs-Agih-50000-Sarapan-Sihat-Percuma-09

Mr Tarang Dutch Lady
Mr Tarang

Dutch-Lady-Kelloggs-Agih-50000-Sarapan-Sihat-Percuma-07

Dutch-Lady-Kelloggs-Agih-50000-Sarapan-Sihat-Percuma-02
Dutch Lady & Kellogg’s Agih 50,000 Sarapan Sihat Percuma Stesen LRT Ampang park

 

MrJocko dan Food Review

Kali ini Dutch Lady mengagihkan satu kotak minuman susu saiz 250ml Dutch Lady PureFarm atau lebih dikenali dengan Susu +Protein yang bukan hanya membekalkan kalsium tetapi juga protin bermutu tinggi. Manakala Kellogg’s Malaysia mengagihkan satu bekas Kellogg’s Corn Flakes yang berperisa Pisang dan Strawberry. Sajian bijirin berperisa ini memang sangat sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Saya sempat singgah dan memang meriah ketika pihak Dutch Lady Kellogg’s Agih 50000 Sarapan Sihat Percuma di Stesen LRT Ampang Park Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut tentang banyak lagi produk sihat Facebook Dutch Lady Malaysia dan juga Facebook Kellogg’s Malaysia, sila klik di pautan yang dikongsikan ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.