GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Food Review Mr Crab Seafood And Steamboat Labuan

Pulau Labuan memang kaya dengan makanan laut. Pulau seperti ini pasti ada pelbagai menu seafood yang sedap dengan harga yang murah. Kali ini, nak kongsi tentang Food Review Mr Crab Seafood And Steamboat Labuan, ketika singah sertai Media Trip Labuan bulan September yang lepas.

Antara restoran makanan laut yang terkenal di Labuan ialah Restoran Mr Crab. Lokasinya terletak di tepi persisir pantai dengan menyediakan menu makanan laut dan juga steamboat. Orang Labuan, pasti akan tahu restoran ini kerana katanya kualiti makanan laut di sini memang terbaik.

Food Review Mr Crab Seafood And Steamboat Labuan

Mr Crab Seafood And Steamboat Restaurant 09 copy

Mr Crab Seafood And Steamboat Restaurant 02
Ketam Bunga
Mr Crab Seafood And Steamboat Restaurant 03
Lobster

Melangkah masuk di pintu utama restoran ini, ada banyak akuarium yang menempatkan pelbagai haiwan laut yang masih hidup. Antara yang sempat lihat, lobster (udang kara), ikan batu, ketam bunga, kepah, ikan siakap dan beberapa menu lain yang sudah dibekukan termasuk udang, sotong dan ikan-ikan kecil.

Mungkin ini salah satu resipi masakan di sini, meyediakan menu makanan yang segar, untuk memberi rasa makanan seafood yang sedap kepada pelanggan.

Pelanggan boleh memilih untuk pilihan makanan laut yang diingini, ditimbang dan kemudian akan dimasak oleh Chef di dapur. Pilihan masakan juga bergantung kepada pilihan pelanggan, dengan harga kos yang berpadanan.

Mr Crab Seafood And Steamboat Restaurant 04
Ikan Batu
Mr Crab Seafood And Steamboat Restaurant 06
Kepah

Memandangkan kami satu ‘group’, makan pihak organizer sudah membuat tempahan awal untuk kami. Menu makan malam kami di Mr Crab Seafood and Steamboat Labuan ialah menu Ikan Siakap, Kepah, Udang dan juga beberapa menu lain. Yang pasti, ikan yang kami makan malam tu memang sedap. Tak pasti pulak cara masakannya.

Kepah pula digoreng sambal, tidak pedas tetapi lebih kepada rasa manis sos. Memang lain dari menu biasa di restoran seafood tempat lain. Untuk menu lain, rasanya biasa sahaja dan punyai persamaan dengan beberapa restoran seafood di Semenanjung Malaysia.

Baca : Apa Yang MrJocko Review Tentang Makanan

Mr Crab Seafood And Steamboat Restaurant 07

Mr Crab Seafood And Steamboat Restaurant 08
Ikan

Mr Crab Seafood And Steamboat Restaurant 09

Sayur juga digoreng agak sekata. Tak overcooked dan memang berbaloi. Untuk rasa, makan di Mr Crab Labuan ni boleh dikatakan sangat berpuas hati. Maaf, untuk harga saya tak pasti memandangkan bukan saya yang bayar. :).

Berminat nak cuba menu di sini, boleh layari Restoran Mr Crab Labuan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.