GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Food Review Nasi Lemak Pak Hassan Kampung Baru

Sudah banyak kali sini, Gerak Pak Hassan Kampung Baru. Menu favourite kat sini, Roti Canai Kaki Ayam. Tapi, ramai yang tak tahu, selain roti canai, menu lain yang popular ialah Nasi Lemak dan Bubur Lambuk. Kali ni, saya nak Food Review Nasi Lemak Pak Hassan Kampung Baru.

Kalau la anda lalu di depan Gerai Makan Pak Hassan Kampung Baru, lihat ramai yang beratur panjang, jangan risau. Masih ada peluang untuk anda makan dengan cepat dan selesa. Ini tips yang ramai tidak tahu kalau berkunjung ke gerai makan Pak Hassan.

Ini review makan Roti Canai di Gerai Pak Hassan

Food Review Nasi Lemak Pak Hassan Kampung Baru

nasi lemak kaki ayam pak hassan kampung baru copy

Tips untuk mereka yang nak makan di Gerai Pak Hassan, kalau nak cepat tak nak beratur, sila ke sini seawal jam 7.00 am setiap hari. InsyaAllah, orang tak ramai. Selepas itu, biasanya anda akan beratur sampai ke jalan besar.

Selain tu, kalau anda datang nak makan dan nak cepat, jangan hiraukan yang beratur kerana yang beratur itu untuk menunggu ambil roti canai. Untuk mereka yang nak makan Nasi Lemak, boleh terus masuk ke dalam dan ambil sendiri. Self service.

Jangan lupa, kalau untuk ambik kuah kaki ayam juga, tak perlu beratur panjang. Kalau ada ruang, ambil sahaja. Cuma perlu di ingat, satu mangkuk kaki ayam harga dia lain dan satu pinggan kaki ayam harganya lain. Kuah biasa untuk roti canai adalah percuma.

nasi lemak gulai kaki ayam
Nasi Lemak Gulai Kaki Ayam

Oh ya, tadi ada cerita tentang bubur lambuk Pak Hassan. Setiap kali tiba Bulan Ramadhan, gerai Pak Hassan akan menyediakan menu Bubur Lambuk untuk dijual pada sebelah petang. Bubur Lambuk Pak Hasaan dikatakan antara bubur lambuk paling terkenal dan sedap di Kuala Lumpur.

bubur lambuk pak hassan kampung baru 01
Gerai Pak Hassan Kampung Baru
bubur lambuk pak hassan kampung baru 02
Bubur Lambuk

Kalau tak silap bubur lambuk Pak Hassan mula dijual waktu tengahari, tetapi ada yang sudah sedia beratur seawal pagi. Ada info kata, pernah ada yang beratur seawal 9.00 pagi untuk mendapatkan bubur Pak Hassan. Dan, kalau lambat, biasanya waktu petang sekitar jam 5.00 ia sudah habis. Bubur Lambuk ni, ia boleh ditempah awal untuk majlis dan tempahan untuk kuntiti yang banyak. Yang tu, kena contact pemilik Pak Hassan sendiri.

Untuk meni Nasi Lemak di gerai Pak Hassan, harganya berbaloi. Ada pelbagai menu tambahan seperti Ayam Goreng, Gulai Ayam, Sotong, Telur Goreng dan juga lauk Paru. Tapi, kalau nak rasa kelainan, jom try Nasi Lemak Kaki Ayam Pak Hassan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.