GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Halal Muslim Lanzhou Ramen Mazulu Tokyo Station Branch

Peminat ramen yang melancong ke Tokyo, mesti kena cuba menu halal Muslim terbaru di Tokyo ini. Ia sebuah restoran yang semakin terkenal. Memperkenalkan, satu lagi Restoran Halal Muslim Lanzhou Ramen Mazulu Tokyo Station Branch. Lokasi restoran ini sangat dekat dengan Stesen Keretapi Tokyo (Tokyo Station).

Lanzhou Ramen MAZULU ialah sebuah restoran halal yang telah bermula dengan menu makanan Ramen, menu authentic orang Cina yang mana berjaya menarik minat pelanggan Muslim, termasuk kaum Cina di Jepun. Restoran pertama mereka di Jimbocho, Tokyo pada 27 August 2017. Keaslian rasa menu makanan di sini sangat sedap dan akan memaksa anda untuk beratur untuk mendapatkannya, walaupun pada sesetengah keadaan, kedai masih belum dibuka untuk perniagaan.

Baca : MrJocko dan Halal Muslim

Halal Muslim Lanzhou Ramen Mazulu Tokyo Station Branch

Lanzhou Ramen Mazulu Tokyo Station Branch 01 copy

Lanzhou Ramen Mazulu Tokyo Station Branch 02
Lanzhou Ramen Mazulu Tokyo Station

Sebab ia semakin popular, pemilik restoran menambah outlet baru di MAZULU Jimbocho branch, mereka membuka cawangan restoran baru di salah satu stesen keretapi paling sibuk di Jepun iaitu di Tokyo Station. Restoran Lanzhou Ramen Mazulu Tokyo Station Branch sudahpun beroperasi pada 3 Oktober 2019 bermula jam 11:00 am.

Lanzhou Ramen Mazulu Tokyo Station Branch 00
Pintu Depan Restoran Lanzhou Ramen Mazulu
Lanzhou Ramen Mazulu Tokyo Station Branch 03
Chef Menyediakan Mee Tarik Ramen
Lanzhou Ramen Mazulu Tokyo Station Branch 04
Borang Order Makanan Ramen Halal Jepun

Restoran Lanzhou Ramen Mazulu Tokyo Station Branch ini telah mendapatkan status Sijil Halal mereka dari NAHA dan juga diiktiraf sebagai Restoran “AAA” oleh Crescentrating ( Global authority on Halal/Muslim travel and tourism ).

MAZULU terkenal terutamanya dengan sup daging lembu tebal dan mee buatan tangannya. Sup perisa berasal dari daging lembu dan daging sapi yang diperakui halal Jepun yang direbus dalam beberapa tempoh masa dengan lebih daripada 10 rempah-rempah herba yang menjadikan sup sedap dan kaya dengan khasiat. Mee buatan tangan dibuat dengan segera selepas menerima pesanan untuk mengekalkan dan memberikan tekstur mee segar yang kenyal kepada pelanggan.

Lanzhou Ramen Mazulu Tokyo Station Branch 01
Ramen Halal Di Tokyo
Lanzhou Ramen Mazulu Tokyo Station Branch 05
Halal Muslim Ramen

Asalnya, restoran ini mempunyai hanya 3 jenis Halal Ramen yang dikenali dengan jenis thin noodle (hosomen), flat noodle (hiramen), and triangular noodle (sankakumen).

Tetapi, istimewa di Cawangan Tokyo, mereka mempunya 9 jenis Halal Ramen, seperti extremely thin noodle (gokuhosomen), thin noodle (hosomen), medium thickness noodle (chuubutomen), thick noodle (futomen), thin and flat noodle (hiramen), wide and flat noodle (futome no hiramen), extremely thick noodle (gokubuto no hiramen), triangular noodle (sankakumen), thick and triangular noodle (futome no sankakumen).

Dalam banyak-banyak ramen halal ini, pasti ada yang mengikut citarasa anda. Jadi kalau ke Tokyo, cuba singgah dan rasa menu Halal Ramen di Lanzhou Ramen Mazulu.

Sumber : Food Diversity

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.