GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Hotel Review Berjaya Tioman Resort Hotel DiIktiraf 4 Stars

Sejak bertahun, resort ini mengekalkan kualiti perkhidmatannya dan ramai yang menobatkannya sebagai resort terbaik di Pulau Tioman. Inilah dia, Hotel Review Berjaya Tioman Resort Hotel DiIktiraf 4 Stars dan hotel terbaik di Pulau Tioman. Majoriti pengunjung di pulau ini pasti akan teringin untuk merasai pengalaman menginap di sini.

Resort tropika ini terletak di Pulau Tioman, antara lokasi tercantik di Malaysia. Tetamu hotel akan dapat menikmati pemandangan indah pantai dengan lambaian pokok kelapa, air laut yang jernih membiru.

Hotel Review Berjaya Tioman Resort Hotel DiIktiraf 4 Stars

Hotel Review Berjaya Tioman Resort 01 copy

Dengan keluasan sebesar 200 ekar hutan hujan tropika dan juga lapangan golf 18 lubang, hotel ini menampilkan penginapan chalet yang mewah dan moden. Terletak hanya beberapa meter dari tempat snorkeling paling best di Pulau Tioman iaitu Pulau Renggis.

Apa yang saya tahu, asalnya di Berjaya Tioman Resort ini, ia mempunyai sebanyak 268 bilangan bilik dan dibina sejak tahun 1984 lagi. Tak hairan, kalau hingga kini ia menjadi hotel piihan ramai pelancong, memandangkan lokasinya hanya terletak sekitar 2.5km sahaja dari Pekan Tekek.

Hotel Review Berjaya Tioman Resort 03
Garden View Berjaya Tioman Resort

Hotel Review Berjaya Tioman Resort 04

Hotel Review Berjaya Tioman Resort 05

Hotel Review Berjaya Tioman Resort 06
Garden View Quad Room

Harga bilik di Berjaya Tioman Resort bermula dari harga RM219 (Harga bilik di Laman Web Agoda) untuk Chalet Garden View. Kalau bilik yang lebih cantik, pastinya akan ada tambahan harga.

Harga bilik biasanya datang dengan pakej 2 Sarapan Pagi Percuma. Menu di restoran Berjaya Tioman Resort memang terbaik. Saya dah cuba, memang sangat-sangat sedap. Ada ramai Chef di sini boleh masak menu citarasa pulau yang sebenar.

Lagipun suasana di sini, memang buatkan anda tak akan bosan walaupun berhari-hari. Tak perlu pergi jauh, kawasan sekitar pantai dah cantik. Nak snorkeling dan berbasikal, hanya beberapa meter sahaja dari resort.

Hotel Review Berjaya Tioman Resort 07
Swimming Pool
Hotel Review Berjaya Tioman Resort 08
Restaurant Berjaya Tioman Resort

Hotel Review Berjaya Tioman Resort 09

Hotel Review Berjaya Tioman Resort 10
Seaview Chalet Berjaya Tioman Resort

Hotel Review Berjaya Tioman Resort 11

Hotel Review Berjaya Tioman Resort 12
Berjaya Tioman Resort Beach

Pastinya, samada anda melancong ke Tioman seorang diri, dengan rakan, bersama keluarga ataupun untuk bersama aktiviti ‘teambuilding’, di sini ia cukup lengkap untuk memberikan pengalaman cuti terbaik di Pulau Tioman.

Banyak lagi yang menarik di Berjaya Tioman Resort, layari sahaja laman web rasmi mereka di link ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.