GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Hotel Review Tunamaya Beach & Spa Resort Tioman Revisit

Kali kedua singgah di Tunamaya Beach & Spa Resort Pulau Tioman. Belum ada kesempatan untuk menginap di sini. Hanya sekadar singgah untuk makan tengahari dan buat ringkas, Hotel Review Tunamaya Beach & Spa Resort Tioman Revisit. Ya, seperti dulu, resort ini memang punyai Bot Peribadi, Jeti Peribadi dan diakui ia adalah resort paling mewah di Pulau Tioman.

Bukan sahaja pemandangan sekitar resort mewah di Pulai Tioman ini dari pantai memukau sesiapa sahaja, tetapi bilik, servis penginapan dan pilihan menu makanan di sini antara yang terbaik, walaupun ia hanya bersendirian di kawasan ini. Resort yang tenang ini sesuai untuk anda yang mahukan privacy ketenangan dan juga penginapan cara mewah.

Hotel Review Tunamaya Beach & Spa Resort Tioman Revisit

Terletak di sepanjang pantai di Laut China Selatan, resort yang tenang ini dikelilingi oleh hutan hujan. Untuk pengalaman air terjun, hanya 14 minit berjalan kaki menuju ke Air Terjun Kampung Asah (Asah Waterfall) dan 6 km dari terminal feri terdekat.

Di sini ada banyak pilihan villa atau chalet yang santai dengan kemudahan termasuk TV LCD, mini fridge, teh dan kopi, bilik teres atau balkoni dengan pemandangan hutan hujan, taman atau pantai serta laut. Perkhidmatan bilik juga disediakan.

Kemudahan eksklusif lain termasuk kemudahan spa, kolam renang infiniti, kawasan pantai peribadi dan pusat menyelam di lokasi berhampiran.Ada restoran, bar dan bilik permainan. Untuk mencuba aktiviti sampingan termasuk snorkeling, menonton filem di pawagam dan lukisan batik.

Hotel+Review+Tunamaya+Beach+Spa+Resort+Revisit+11

Hotel+Review+Tunamaya+Beach+Spa+Resort+Revisit+05

Hotel+Review+Tunamaya+Beach+Spa+Resort+Revisit+06

Hotel+Review+Tunamaya+Beach+Spa+Resort+Revisit+07

Hotel+Review+Tunamaya+Beach+Spa+Resort+Revisit+08

Hotel+Review+Tunamaya+Beach+Spa+Resort+Revisit+09

Hotel+Review+Tunamaya+Beach+Spa+Resort+Revisit+10

Hotel+Review+Tunamaya+Beach+Spa+Resort+Revisit+12
Tunamaya Spa
Hotel+Review+Tunamaya+Beach+Spa+Resort+Revisit+13
Infiniti Pool Tunamaya Beach Tioman

Hotel+Review+Tunamaya+Beach+Spa+Resort+Revisit+13

Baca : Tempat Menarik di Pulau Tioman Pahang

Sebelum ini, ada Pakej Promosi Tunamaya Beach & Spa Resort Tioman. Pakej 3 hari 2 malam di sini ditawarkan dengan harga RM1,538 Nett untuk seorang dewasa. Pakej ini termasuk penginapan 3 hari 2 malam di Rainforest Villa, percuma 30 minit urutan belakang di Sarang Spa Tunamaya Tioman.

Selain itu ada ‘Outbound Snorkelling Trip’ selama separuh hari termasuk penggunaan peralatan snorkelling percuma. Pakej ini juga termasuk 2 kali Sarapan Buffet, 2 kali Makan Tengahari dan 2 kali Makan Malam dengan pilihan menu oleh Chef.

Jangan risau, ia juga termasuk pengankutan pergi balik dari Jeti Kampung Genting ke resort. Sudah pasti ia juga termasuk pakej pergi balik dari Jeti Tanjung Gemok atau Jeti Mersing ke Jeti Kampung Genting.

Maklumat lanjut boleh lihat sendiri di laman web mereka di sini https://www.careluxuryhotels.com/tunamaya-tioman/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.