GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Jeti Kampung Genting Pulau Tioman Pahang

Samada anda datang dari Jeti Tanjung Gemuk, Rompin atau dari Jeti Mersing, anda akan sampai di Jeti Kampung Genting Pulau Tioman terlebih dahulu. Ini laluan yang biasa bot lalu jika nak ke Pulau Tioman. Dan kalau anda nak balik ke tanah besar, bot akan ambil penumpang di Jeti Kampung Genting paling akhir sebelum bergerak ke tanah besar Semenanjung.

Ramai pelancong Melayu khususnya suka untuk tinggal di Kampung Genting ketika melancong ke Pulau Tioman. Ini kerana, kawasan ini ada banyak chalet dan homestay yang murah dan berbaloi untuk mereka inap sementara menikmati keindahan Pulau Tioman.

Jeti Kampung Genting Pulau Tioman

Jeti_Kampung_Genting

Kampung_Genting_Pulau_Tioman
Kampung Genting Pulau Tioman

Antara yang menarik kalau menginap di Kampung Genting, ada banyak pilihan chalet, kedai makanan halal dan operator scuba diving yang berpatutan untuk golongan beginner khususnya. Lagipun kawasan kampung Genting ada kemudahan klinik kesihatan. Mana la tahu kalau-kalau tidak sihat.

Selain itu, kawasan kampung yang dipenuhi dengan orang Melayu ini punyai banyak lagi tawaran aktiviti air, termasuk mereka yang nak pergi memancing.

Jeti_Pulau+Tioman
Jeti Kampung Genting Pulau Tioman 03
Jeti Kampung Genting Pulau Tioman 04
Jeti Kampung Genting Tioman

Pulau Renggis Tempat Snorkeling dan Scuba Diving Best di Tioman, tak jauh dari Kampung Genting.

Ada banyak juga kemudahan feri kalau nak ke Pulau Tioman. Paling terkenal ialah Syarikat Blue Water dan juga Syarikat Cataferry. Kalau paling mudah, boleh beli guna laman web Cataferry kat sini.

Kampung Genting
Bot Blue Water Pulau Tioman

Jeti Kampung Genting Pulau Tioman 06

Jeti Kampung Genting Pulau Tioman 07

Jeti Kampung Genting Pulau Tioman 09
Cataferry Pulau Tioman

Jeti Kampung Genting Tioman

Paling saya suka di Jeti Kampung Genting ialah jetinya yang jauh memasuki ke bahagian laut. Kawasan yang dalam ini memang ada banyak anak-anak ikan. Kalau sebelah malam, boleh mancing sahaja di Jeti Kampung Genting. InsyaAllah, kalau guna umpan pancing yang betul, setakat nak ikan Kerapu atau Siakap tu mudah sahaja.

Oh ya, menjala dan memukat di kawasan ini tidak dibenarkan.

Kalau kena masa, view sebelah pagi kat sini pun cantik. Bukit bukau dibelakang dipenuhi kabus pagi. Cantik.

Jeti Kampung Genting Pulau Tioman 11

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.