GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Kampung Asah Waterfall Pulau Tioman Air Terjun Legend

Kalau anda ingat pergi ke Pulau Tioman, hanya untuk mandi manda air laut dan pantai, tanggapan anda salah. Kalau nak tahu, ada juga yang unik di sini, Kampung Asah Waterfall Pulau Tioman Air Terjun Legend yang wajib singgah kalau ke Pulau Tioman. Kalau dulu, ia dikenali juga dengan nama Mukut Waterfall (Air Terjun Mukut).

Dari segi geografi, lokasi air terjun ni hanya sekitar 100 meter sahaja dari pantai dan terletak berdekatan dengan Kampung Mukut, Pulau Tioman. Kini, entah kenapa, ia semakin dilupakan dan hampir terbiar. Mungkin kerana kurang publisiti.

Kampung Asah Waterfall Pulau Tioman Air Terjun Legend

Kampung Asah Waterfall Pulau Tioman 01

Kampung Asah Waterfall Pulau Tioman 02
Kampung Asah Waterfall Pulau Tioman

Sebenarnya, Air Terjun Asah adalah salah satu daripada banyak-banyak air terjun yang terdapat di Pulau Tioman. Di dalam bukit bukat Pulau Tioman, masih banyak lagi air terjun yang boleh diterokai, tetapi hanya dengan berjalan kaki an mendaki sahaja. Jadi, setakat ini. hanya Air Terjun Kampung Asah ini sahaja yang paling mudah untuk ditemui dengan hanya memakan masa selama 5 minit perjalanan dari Jeti Kampung Mukut.

Ramai yang mengatakan, ia adalah salah satu air terjun terbaik di Pulau Tioman.

Kampung Asah Waterfall Pulau Tioman 04

Kampung Asah Waterfall Pulau Tioman 05

Kampung Asah Waterfall Pulau Tioman 06

Kampung Asah Waterfall Pulau Tioman 07

Kampung Asah Waterfall Pulau Tioman 08
Kampung Asah Waterfall Pulau Tioman 08

Kampung Asah Waterfall Pulau Tioman 09

Kampung Asah Waterfall Pulau Tioman 10

Ketika kami trekking ke sini, kami menggunakan bot khas untuk ke sini. Kalau anda dari mana-mana hotel, resort, chalet atau homestay di Tioman, boleh menggunakan Taxi Boat untuk ke sini. Nak naik bot dari Jeti Kampung Tekek pun boleh. Mungkin ini satu kelemahan, kenapa tidak ramai berminat untuk ke sini sebab kena bayar kos extra.

Laluan air terjun di sini memang berbaloi untuk anda cuba. Air Terjun yang sejuk dan jernih serta dengan anak-anak ikan yang berenang dalam air yang agak cetek. Ada dua kolam mandi yang sesuai untuk orang dewasa dan satu lagi untuk kanak-kanak.

Kalau anda berani untuk meneroka lebih, kawasan kolam air terjun di atas juga agak cantik menurut kata penduduk. Namun, untuk lebih mudah, mandi di kawasan yang disediakan pun sudah memadai. Memang best!!!

Sebaiknya, kalau nak ke sini, pastikan pada hari yang cerah. Sebab kalau hari hujan, ia agak bahaya kerana jalan yang agak licin dan air yang lebih deras dan keruh.

Nak tahu lebih banyak pasal Pulau Tioman layari laman web PulauTioman.com.my.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.