GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Kedai Bebas Cukai Tioman Duty Free Shop Kampung Tekek

Ramai yang mungkin tida ktahu bahawa Pulau Tioman telah diistiharkan sebagai Zon Bebas Cukai pada tahun 2002. Bermaksud, akan ada banyak harga barang yang murah dijual di Pulau Tioman. Tetapi, selama 4 hari di sini, rasanya hanya satu kedai sahaja yang boleh dikatakan Kedai Bebas Cukai Tioman Duty Free Shop yang terletak di Kampung Tekek.

Tak jauh dari Jeti Kampung Tekek, ada satu kedai mini mart yang tertera tulisan Duty Free Shop. Ini juga kedai runcit yang paling besar di sini dan ia menjual banyak barangan berbanding kedai-kedai lain.

Pastinya, dalam kedai ini ada banyak produk yang tidak dikenakan cukai, termasuk Coklat, Rokok, Minuman Keras dan beberapa lagi produk lain.

Kedai Bebas Cukai Tioman Duty Free Shop Kampung Tekek

Kedai Bebas Cukai Tioman Duty Free Shop 01 copy
Kedai Bebas Cukai Tioman Duty Free Shop

Banyak barang yang sebenarnya tidak dikenakan cukai di Pulau Tioman ini. Nak sebut satu persatu, mungkin akan mengambil masa dan tak habis. Kalau nak tahu, senarai barangan yang tidak dikenakan cukai, boleh semak laman web Jabatan Kastam Ini. Zon Bebas Cukai di Malaysia.

Paling popular kalau di Malaysia, kebanyakkan orang akan memilih untuk membeli makanan seperti Coklat, yang dikatakan lebih murah berbanding di tanah besar, Semenanjung Malaysia.

Kedai Bebas Cukai Tioman Duty Free Shop 02
Coklat di Kedai Bebas Cukai Tioman
Kedai Bebas Cukai Tioman Duty Free Shop 03
Harga Coklat Duty Free Shop Tioman

Kedai Bebas Cukai Tioman Duty Free Shop 04

Kedai Bebas Cukai Tioman Duty Free Shop 05

Kedai Bebas Cukai Tioman Duty Free Shop 06

Kedai Bebas Cukai Tioman Duty Free Shop 07

Baca : Pulau-Pulau Cantik di Dunia

Mungkin pihak berkaitan perlu memperbanyakkan lagi kedai-kedai Bebas Cukai dengan banyak lagi produk lain yang mampu menarik ramai pelancong ke Pulau Tioman. Orang Malaysia ni memang suka Shopping. Kalau dibuka banyak kedai Zon Bebas Cukai dengan banyak lagi produk yang menarik, pasti akan ramai datang ke Pulau Tioman.

Bila ramai datang ke Pulau Tioman, pembangunan akan lebih bertambah, ekologi pelancongan akan semakin berkembang dan memacu kepada ekonomi yang lebih mampan.

Setakat ini, yang ramai orang lihat adalah harga minuman keras atau arak serta rokok murah di Tioman. Sebaiknya, perbanyakkan produk lain yang lebih bermanafaat untuk semua, bukan hanya untuk sebahagian orang sahaja.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.