GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Menu Lunch Terbaik Di Tunamaya Beach Spa Resort Tioman Island

Masih saya ingat menu makan tengahari di Tunanaya Resort Tioman. Disebabkan ia resort mewah di sini, ia pastinya menjanjikan banyak menu makanan terbaik dengan rasa yang pasti memukau sesiapa sahaja. Kali ini, nak kongsi Menu Lunch Terbaik Di Tunamaya Beach Spa Resort Tioman Island. Hanya beberapa menu sahaja, buatkan kami terasa mahu ke sini lagi.

Resort mewah di Pulau Tioman ini menjadi pilihan utama ramai pelancong luar negara dan juga pelancong tempatan yang mahukan penginapan mewah dengan cara yang tersendiri. Kawasan resort dan servis di sini sudah cukup membezakan kualiti mereka dengan resort lain sekitar Pulau Tioman.

Baca : Cara Nak Ke Pulau Tioman dari Jeti Tanjung Gemok

Menu Lunch Terbaik Di Tunamaya Beach Spa Resort Tioman Island

Menu Lunch Terbaik Di TunaMaya Resort Tioman 01 copy

Menu Lunch Terbaik Di Tuna Maya Resort Tioman 02
Starter Sup Cendawan

Waktu kami sampai di sini, tepat sekitar jam 1.00 tengahari. Waktu untuk makan tengahari dengan mencuba sendiri beberapa menu signature dan menu terpilih dari Chef terbaik di Tunamaya Beach Spa Resort. Sebelum ini, saya sudah pernah bercerita tentang resort hebat ini di pautan ini Tuna Maya Resort Tioman.

Untuk kami, Chef menyediakan menu Tradisional Melayu, yang mana menu utama ialah Ayam Masak Manis dan juga Lemak Cili Api Tunamaya Resort. Menu Lemak Cili Api ini paling win. Sebab, ia memang rasa lain dari yang lain. Rasanya seakan Lemak Cili Api dan juga ada rasa Asam Pedas. Tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata, rasanya memang terbaik. Of course, kalau nak tahu, kena datang sendiri ke sini.

Menu Lunch Terbaik Di Tunamaya Beach Spa Resort Tioman 03
Ayam Masak Manis
Menu Lunch Terbaik Di Tunamaya Beach Spa Resort Tioman 04
Telur Goreng Special ala Tuna Maya
Menu Lunch Terbaik Di Tuna Maya Resort Tioman 05
Sayur Goreng
Menu Lunch Terbaik Di Tuna Maya Resort Tioman 06
Lemak Cili Api Tuna Maya Resort

Menu lain tidak kurang hebat. Welcoming drink pun dan menarik. Apatah lagi dengan menu Starter, masa nak duduk, terasa memang hilang dahaga dan panas laut. Begitu menyamankan.

Menu Lunch Terbaik Di Tuna Maya Resort Tioman 08
Sagu
Menu Lunch Terbaik Di Tuna Maya Resort Tioman 10
Latte

Untuk info, Pawana Restaurant (Restoran Pawan) diberi nama untuk ruang makan utama di Tunamaya Beach Resort & Spa Resort Tioman Island ini, adalah antara restoran terbaik di pulau ini. Ya, harga menu makanan di sini mahal sedikit dari menu restoran lain di Tioman, tetapi pengalaman menikmati hidangan di sini, berbaloi untuk anda cuba.

Untuk melihat apa lagi menu lain yang ada di sini boleh layari pautan ini Pawana Restaurant Tunamaya Beach Spa Resort.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.