GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Scuba Diving Di Kampung Genting Pulau Tioman

Ia bagaikan syurga kepada mereka yang sukakan aktiviti selam skuba. Pulau Tioman memang ada ratusan spot menarik untuk anda cuba. Saya sendiri tidak terkecuali, akhirnya, dapat pengalaman Scuba Diving Di Kampung Genting Pulau Tioman. Walaupun hanya beberapa jam, ia sangat-sangat berbaloi selam skuba di sini.

Pakej Selam Skuba (Scuba Diving package) oleh Damai Tioman Resort dengan kerjasama pasukan Professional Sorte Met Stella Scuba Tioman membawa kami ke dunia bawah laut. Dunia underwater yang memang menjadi buruan ramai penyelam scuba di dunia. Di sini, permulaan bagi amatur seperti kami untuk selam lebih dalam lagi. Pastinya, kena ada lesen yang Sah untuk merasai sendiri pengalaman selam skuba ke laut dalam.

Scuba Diving Di Kampung Genting Pulau Tioman

Pengalaman+Scuba+Diving+Di+Kampung+Genting+Pulau+Tioman+05 copy

Bermula dengan pendaftaran butiran peribadi untuk kami yang Amatur. bagi yang sudah ada lesen Selam Skuba, anda pasti lebih gembira dengan pelung untuk selam skuba ke kawasan yang lebih dalam berbanding mereka yang pertama kali masuk ke laut ataupun tiada lesen Scuba Diving.

Kemudian, peserta akan diminta untuk mendapatkan peralatan masing-masing termasuk Tank Oksigen, Mask, Fins dan sebagainya. Sebelum turun ke dalam laut, informasi, arahan asas dan sedikit tips untuk menyelam dikongsikan oleh pihak pengajar bagi memastikan keselamatan peserta. Ia satu kemestian dan tidak boleh dipandang ringan.

Pengalaman+Scuba+Diving+Di+Kampung+Genting+Pulau+Tioman+00

Pengalaman+Scuba+Diving+Di+Kampung+Genting+Pulau+Tioman+01

Pengalaman+Scuba+Diving+Di+Kampung+Genting+Pulau+Tioman+02

Bila semua sudah jelas dan selesai dengan taklimat asas selam skuba, maka tiba masa untuk kami jejak kaki ke dalam air laut. Memandangkan ini adalah selam skuba asas, tak perlu pergi jauh, hanya teroka dulu di kawasan pantai laut Kampung Genting Pulau Tioman. Kawasan ini sudah cukup untuk tahap amatur seperti kami.

Di kawasan yang sesuai dengan paras pinggang masa untuk bersedia. Fin dan Mask akan mula di pasang dan diuji sebelum turun ke dasar laut. Memandangkan kami masih baru, kedalaman 5 meter sudah cukup untuk kami cuba pengalaman underwater Pulau Tioman ini.

Pengalaman+Scuba+Diving+Di+Kampung+Genting+Pulau+Tioman+03

Pengalaman+Scuba+Diving+Di+Kampung+Genting+Pulau+Tioman+04

Pengalaman+Scuba+Diving+Di+Kampung+Genting+Pulau+Tioman+05
Hidupan Laut Pulau Tioman

Pengalaman+Scuba+Diving+Di+Kampung+Genting+Pulau+Tioman+06

Pengalaman+Scuba+Diving+Di+Kampung+Genting+Pulau+Tioman+08

Bila semua sudah sedia dan selamat, maka kami bersedia untuk turun. Instructor akan bawa kami turun ke dasar perlahan-lahan. Dengan beberapa arahan di dalam air, kami kemudian akan dibawa untuk bernafas seperti biasa bagi menyesuaikan keadaan dengan air dan kedalaman supaya tidak panik.

Seketika, ketika dalam laut, teruja dengan keindahan yang jarang kami lihat. Ikan, Batu Karang serta hidupan laut lain memang memukau kami. Fuh!!! Tak boleh nak bayangkan dengan kata-kata indahnya hidupan laut ini. Bayangkan lokasi scuba diving yang lebih dalam, pastinya ia lebih mengujakan.

Baca : Cerita Pulau Tioman Pahang

Pengalaman Scuba Diving Pulau Tioman
Pengalaman Scuba Diving Pulau Tioman

Sayang rasanya tak ada lesen Scuba Diving. Kalau ada, pastinya kali ini sudah boleh teroka lebih jauh, lebih dalam dan lebih luas. Memandangkan kami semua amatur, cukup la dulu sebagai kenangan. Pengalaman selam skuba di Kampung Genting ini memang memuaskan. Tak cukup, insyaAllah, ada rezeki pasti akan datang lagi untuk teroka banyak lagi tempat Scuba Diving menarik di Pulau Tioman.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.