GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Syarikat Penerbangan Ini Tawar Hanya USD20 Untuk Tiket Penerbangan

Anda takkan percaya bahawa syarikat penerbangan ini tawar hanya USD20 untuk tiket penerbangan sehala. Syarikat Frontier Airlines, syarikat penerbangan tambang murah dan bajet, sedang menjalankan jualan tiket murah untuk kesemua destinasi penerbangan mereka di Amerika Syarikat.

Kalau nak tahu, harga jualan tambang murah ini menawarkan USD20 untuk penerbangan sehala untuk perjalanan yang diambil pada 18 Disember. Tambang tersebut boleh didapati di kedua-dua arah, pergi dan balik. Mengikut info, dalam beberapa keadaan ada tawaran harga tiket pergi balik hanya serendah USD38.60. Tawaran ini akan berakhir pada tengah malam pada 30 Oktober 2019.

Baca : Tawaran Tiket Penerbangan Murah di Malaysia

Syarikat Penerbangan Ini Tawar Hanya USD20 Untuk Tiket Penerbangan

FlyFrontier Low Cost Airlines

Syarikat-Penerbangan-Ini-Tawar-Hanya-USD20

 

Anda mungkin sedar bahawa, negara Amerika Syarikat ini sangat besar dan punyai jarak penerbangan domestik yang berjam-jam lamanya kalau nak dibandingkan dengan Malaysia yang hanya memakan penerbangan paling jauh pun hanya dari Pulau Pinang – Kuala Lumpur – Kota Kinabalu lebih kurang 5 jam.

Penerbangan domestik paling lama di Amerika Syarikat boleh memakan masa selama 11 hingga 12 jam.

Terdapat 42 laluan dengan tambang sehala USD20 dan 152 laluan yang mempunyai tambang sehala di bawah harga USD30. Laluan-laluan tambang murah USD20 termasuk penerbangan dari Albany, Atlanta, Chicago, Dallas, Denver, Detroit, Nashville, Oklahoma City, Orlando, Philadelphia, Portland, Raleigh, Tampa, Trenton, dan Wichita, antara lain.

Sudah tentu, FlyFrontier Airlines adalah syarikat penerbangan bajet. Jadi, ia adalah pilihan terbaik untuk terbang di dalam Amerika Syarikat dengan kos yang jauh lebih murah. Kalau di Malaysia, ia mungkin sama dengan syarikat penerbangan AirAsia atau Malindo Air.

Harga Tiket Penerbangan FlyFrontier

 

Penerbangan Kuala Lumpur ke Hawaii oleh AirAsia

FlyFrontier akan mengenakan bayaran untuk setiap bagasi di luar barang peribadi anda dan caj tambahan untuk memilih tempat duduk. Walau bagaimanapun, ia bebas untuk memiliki tempat duduk anda yang diberikan kepada anda di lapangan terbang.

Untuk anda yang nak travel ke Amerika Syarikat, jika mencari domestic flight yang murah, boleh la cuba untuk terbang dengan FlyFrontier. Setakat ini ramai yang membuat ulasa bahawa pakej harga tiket penerbangan Fly Frontier Airlines sangat berbaloi untuk anda beli, tak kira untuk kembara biasa ataupun untuk tujuan perniagaan dan penerbangan rasmi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.