GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Boost Perkenal Ciri Baru Rewarding Cashless Di Beri Nama BoostUP

Salah satu Apps e-Wallet yang berbaloi pernah saya guna. Setiap kali pembelian menggunakan Apikasi Boost dari Axiata ini, akan dapat sekurang-kurangnya RM0-1- sen sebagai cash back. Sangai berbaloi. Kini sempena sambutan Ulangtahun Ke2, syarikat Boost Perkenal Ciri Baru Rewarding Cashless Di Beri Nama BoostUP.

Boost akan memperkenalkan tiga ciri terbaharunya iaitu BoostUP iaitu program ganjaran baharu, CashUP iaitu ciri simpanan baharu bagi pembelian dalam talian dan UnionPay QR yang membolehkan orang ramai menggunakan dompet digital itu di semua peniaga UnionPay International seluruh negara dan global bermula November 2019.

Boost Perkenal Ciri Baru Rewarding Cashless Di Beri Nama BoostUP

Boost-Perkenal-Ciri-Baru-Rewarding-Cashless-Di-Beri-Nama-BoostUP-00-copy

Boost-Perkenal-Ciri-Baru-Rewarding-Cashless-Di-Beri-Nama-BoostUP-01

Boost-Perkenal-Ciri-Baru-Rewarding-Cashless-Di-Beri-Nama-BoostUP-02

Sasaran AXIATA Digital eCode Sdn Bhd dengan aplikasi Boost ini, mereka berhasrat untuk menambahkan jumlah penggunanya kepada 10 juta menjelang hujung tahun 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Mohd Khairil Abdullah berkata, sasaran itu dilihat mampu dicapai berikutan pengenalan ciri terbaru bagi jenama dompet digital terbabit yang kini memiliki 4.8 juta pengguna dan 115,000 titik jualan peniagaan.

“Platform dompet digital kami juga menyaksikan purata pembelian bagi setiap pengguna meningkat kepada RM258 seminggu pada masa ini berbanding hanya RM47 setiap minggu bagi tempoh 12 bulan lalu,” katanya pada media selepas pelancaran ciri terbaharu Boost di sini, semalam.

e-wallet-cash-reward-boost-malaysia
Aplikasi e-Wallet Boost Malaysia

Untuk informasi, dengan ciri terbaharu ini ia akan membolehkan semua pengguna Boost melakukan transaksi tanpa tunai dan batasan di samping dapat menikmati ganjaran pengalaman tanpa tunai termasuk BoostUP dan CashUP.

Ganjaran BoostUP direka bagi memberi lebih banyak hadiah menarik dan komprehensif serta pengalaman gaya hidup yang tidak dapat dilupakan kepada pelanggan setia di atas pulangan tunai.

Sebagai ‘kick off’ pelancaran, Boost Malaysia akan memberikan ganjaran dan hadiah bernilai RM8 Juta termasuk Voucher Isian Bahan Api di beberapa Rakan Kongsi F&B, Kedai Jualan dan juga Airport Lounge Terpilih. Antara ganjaran lain termasuk iPhone 11, Galaxy Note10, Dyson Hari Dryer, Tiket Wayang MBO, iflix, Prepaid Telco Celcom, Maxis, Voucher pembelian Online Shopee, Zalora dan banyak lagi.

Manakala ganjaran CashUP adalah ciri penjimatan baharu yang memberikan ransangan kepada pengalaman beli-belah dalam talian di mana pengguna boleh menikmati pulangan tunai secara automatik daripada rakan dalam talian Boost.

Boost-Perkenal-Ciri-Baru-Rewarding-Cashless-Di-Beri-Nama-BoostUP-03

Boost-Perkenal-Ciri-Baru-Rewarding-Cashless-Di-Beri-Nama-BoostUP-04

Boost-Perkenal-Ciri-Baru-Rewarding-Cashless-Di-Beri-Nama-BoostUP-05

Boost-Perkenal-Ciri-Baru-Rewarding-Cashless-Di-Beri-Nama-BoostUP-06

Boost-Perkenal-Ciri-Baru-Rewarding-Cashless-Di-Beri-Nama-BoostUP-07

gambar dari Galaxy Note10
Kredit Gambar Menggunakan Samsung Galaxy Note10

Baca : MrJocko dan Aplikasi Boost Malaysia dari Axiata

Kedua-dua ciri ini, BoostUP dan CashUp diperkenalkan dengan mekanisme mudah di mana lebih ramai pengguna yang melakukan transaksi dengan Boost maka lebih banyak ganjaran bakal dimiliki dan dalam masa sama, ia menyediakan cara yang mudah dan selamat untuk melakukan transaksi.

Sementara itu, perkhidmatan pembayaran QR UnionPay pula adalah ciri baharu yang akan memberi lebih pilihan dan akses kepada pengguna ke arah memudahkan penggunaan tanpa tunai dan pengenalannya juga akan membabitkan 11 juta peniaga UnionPay QR di 31 negara pada masa akan datang.

Kalau anda belum muat turun aplikasi Boost, silakan berbuat demikian. Berbaloi untuk anda cuba. Buka nsahaja mudah, tetapi dapat balik ganjaran yang banyak. Kalau dimusim promosi, mana tahu dapat hadiah ‘Super Shake Boost’ seperti mana kempen Shake Up Boost baru-baru ini, dapat menang Kereta Proton X70.

Maklumat lanjut tentang Boost dari AXIATA Digital eCode Sdn Bhd ini boleh layari laman web Boost Malaysia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.