GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Etihad Airways Umum Kerjasama Dengan Tourism Malaysia

Etihad Airways Umum Kerjasama Dengan Tourism Malaysia untuk menarik pengunjung dari Eropah dan Timur Tengah ke Malaysia, melalui hab di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi. Kerjasama ini nampaknya akan menarik lebih ramai pengguna Etihad Airways untuk datang melancong ke Malaysia.

Pasaran untuk pelancong Arab khususnya datang ke Malaysia memang dinanti-nantikan. Ini kerana, kedatangan mereka akan merancakkan lagi pendapatan dalam sektor pelancongan di Malaysia. Tambah-tambah, ada banyak aktiviti yang akan dianjurkan pada kemeriahan Tahun Melawat Malaysia 2020, pasti akan memukau mereka.

Baca : Artikel Berkaitan Etihad Airways Malaysia

Etihad Airways Umum Kerjasama Dengan Tourism Malaysia
 

Kerjasama-Etihad-Airways-Tourism-Malaysia-01 copy

Penerbangan-Etihad-Airways-Ke-Malaysia

Perjanjian antara kedua-dua organisasi itu akan menyokong kempen pemasaran Visit Malaysia 2020, sejajar dengan kempen pelancongan yang telah dibangunkan selama ini. Kempen ini adalah untuk menggalakkan pelancongan dari Eropah dan Timur Tengah ke Malaysia.

Memandangkan jenama Etihad sudah lama terkenal di dunia, ia akan memberi impak yang positif kepada jenama Tourism Malaysia itu sendiri. Kalau untuk sementara kerjasama ini boleh membawa puluhan ribu pelancong ke Malaysia, tidak mustahil selepas ini dalam beberapa tahun yang akan datang, jumlah pelancong dari penerbangan Etihad Airways dari Abu Dhabi akan bertambah menuju ke KLIA.

Baca : Peraduan Dashing Bawa Pemenang ke Mancester City dengan Etihad Airways

Etihad Airways mula terbang ke destinasi Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun 2007 dan telah menerbangkan lebih 2.7 juta penumpang ke ibu negara Malaysia. Hari ini, Etihad Airways mengendalikan penerbangan harian ke Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh Boeing 787 Dreamliner, salah satu pesawat terbaik di syarikat penerbangan itu.

“Perjalanan Tourism Malaysia yang akan menjadi rakan kongsi di Etihad Airways selama bertahun-tahun dan Kuala Lumpur akan kekal sebagai salah satu destinasi terpenting dalam rangkaian global kami,” kata Etihad Aviation Group, Hareb Almuhairy. Negara Asia Tenggara terus menjadi pilihan yang popular untuk pelancong di UK dan Eropah serta Timur Tengah. Laluan yang dilalui oleh Etihad Airways ini akan memberi banyak manafaat kepada penumpang melalui sambungan mudah melalui Lapagan Terbang Abu Dhabi.”

Nak tempah tiket penerbangan Etihad Airways, boleh layari laman web Etihad Airways.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.