GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Expo 2020 Dubai World Expo Mega Potensi Tarik Pelancong Ke UAE

Selepas 5 tahun berlangsung di Milan, kini ekspo yang terbesar dan terbaik di dunia akan kembali menemui dunia di United Arab Emirates. Expo 2020 Dubai World Expo Mega Potensi Tarik Pelancong Ke UAE dan ia akan berlangsung selama 6 bulan bermula dari 20 Oktober 2020 sehingga hujung April 2021.

Penganjuran Expo 2020 Dubai ini akan menjadikan Dubai sebagai lokasi penganjuran pertama di Timur Tengah, Afrika dan juga Asia Selatan (MEASA) sejak ia diadakan 168 tahun yang lepas. Kali ini, ekspo duni ini dijangka akan menarik lebih 190 negara dan juga sambutan sehingga 25 juta pelawat seluruh dunia. Ia juga sebenarnya satu ekspo yang akan menarik lebih ramai lagi pelancong untuk ke Dubai.

Baca : Paling Takjub, Melihat Burj Khalifa Dubai

Expo 2020 Dubai World Expo Mega Potensi Tarik Pelancong Ke UAE

Expo 2020 Dubai World Expo Mega Potensi Tarik Pelancong Ke UAE
 

Ekspo 2020 Dubai kali ini akan memberi fokus kepada senibina, reka bentuk, inovasi dan juga teknologi daripada semua negara yang mengambil bahagian. Daripada senarai ini, akan ada 60 persembahan spectacular secara langsung setiap hari, menyediakan lebih 200 pengalaman hidangan dengan Pertunjukan Dunia Terbesar di Dubai Expo 2020.

Melihat kepada sudut pelancongan, selama 6 bulan para pelancong berpeluang untuk merasai pengalaman unik, sekali seumur hidup di Ekspo Terhebat Di Dunia ini.

Seluas 4.38 sq km kawasan akan dibina hanya untuk menjayakan Expo 2020 Dubai ini. Di mana, negara yang mengambil bahagian akan membina pavilion atau booth terbaik mereka, termasuk booth Malaysia Pavilion.

Antara nama senibina terkenal dunia yang mengambil bahagian termasuk Santiago Calatrava, Foster and Partners, Grimshaw Architects dan beberapa lagi nama besar yang lain.
 

Expo-2020-Dubai-World-Expo-Mega-Event-01

Expo-2020-Dubai-World-Expo-Mega-Event-03

Expo-2020-Dubai-World-Expo-Mega-Event-04

Expo-2020-Dubai-World-Expo-Mega-Event-05

Menarik untuk Ekspo Dubai 2020 ini, setiap hari akan ada pertunjukkan menarik, termasuk persembahan hiburan. Antara yang akan mengambil bahagian mengikut jadual yang disedikan ialah ballet, jazz, opera, konsert dan persembahan kebudayaan.

Ia juga akan menganjurkan pelbagai aktiviti ilmiah termasuk bengkel, seminar, forums dan beberapa event besar melibatkan pemimpin dunia berkaitan topik terpilih.

Baca : Peluang Kerja Di Dubai Expo 2020

Oh ya, satu lagi, sepanjang 6 bulan Ekspo Dubai 2020 ini akan diadakan Sambutan Kemerdekaan Negara-Negara Yang Mengambil bahagian. Jadi, kalau nak lihat pelbagai perarakan kemerdekaan seluruh dunia, sila datang ke Dubai Expo 2020.

Memandangkan ia satu ekspo yang besar, tema makanan pastinya akan menjadi satu keutamaan. Ada lebih dari 200 pengalaman makan dan minum akan disediakan di seluruh kawasan ekspo.

Nak tahu informasi lebih lanjut tentang Expo 2020 Dubai, sila layarik pautan ini.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.