GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Jangan Buat 19 Perkara Ini Di Kyoto No 10 Paling Mahal Denda 1 Juta Yen

Andai anda tengah bercadang untuk melancong ke Kyoto, Jepun, ini ada peringatan untuk anda semua. Jangan Buat 19 Perkara Ini Di Kyoto. Dalam bahasa Jepun, ia dikenali dengan ‘Akihamen’. Ingat, kalau boleh elakkan buat perangai yang tidak senonoh di Jepun. Perkara No 10 Paling Mahal Denda 1 Juta Yen. Jadi, berhati-hati dan jangan buat benda tidak sepatutnya di Jepun.

Isu yang tengah viral sekarang di Kyoto, apabila ramai pelancong yang tidak hormat orang tempatan dengan tidak menjaga adab. Paling disebut-sebut ialah perangai pelacong yang mengambil gambar ‘orang lain’ terutama penduduk kawasan tersebut samada yang sedang memakai Kimono atau Yukata dengan tidak meminta izin terlebih dahulu. Ini sesuatu yang biadap bagi penduduk Kyoto khususnya.
 

Jangan Buat 19 Perkara Ini Di Kyoto

akihamen-of-tokyo-jangan-buat-di-kyoto

Akihamen of Tokyo bermaksud Jangan Buat di Kyoto. Ia adalah satu peringatan kepada semua supaya tidak sesekali melakukan perkara-perkara ini.

Sebab itu, saya nak kongsi 19 Perkara yang tidak sepatutnya anda buat kalau melancong di Jepun, khususnya di Kyoto, Osaka.
 

1. Jangan Merokok Merata-rata Di Jepun

jangan-merokok-di-jepun

Untuk pengetahuan anda, Jepun tidak membenarkan rakyatnya atau sesiapa sahaja merokok di merata-rata tempat. Setiap kawasan akan ada satu ruang kecil untuk mereka yang merokok. Jadi, kalau anda seorang perokok atau menghisap Vape, cari tempat merokok yang disediakan. Jika tidak, anda mungkin boleh di saman.
 

2. Minta Izin Sebelum Mengambil Gambar

minta-izin-sebelum-ambil-gambar

Orang Jepun penuh dengan adab dan adat. Kalau kita nak ambil gambar seseorang, pastikan kita meminta izin terlebih dahulu. Jangan sesuka hati mengambil gambar curi. Ia boleh jadi satu kesalahan mengganggu ‘peribadi’ seseorang.
 

3. Guna Teksi, Tunggu Sehingga Pintu Teksi Di Buka Dan Di Tutup

ucap-okini-tak-perlu-tips

Teksi di Jepun nampak seperti agak lama. Tetapi ia punyai sistem Pintu yang dibuka secara automatik oleh Pemandu. Jadi, pastikan pintu dibuka dan ditutup oleh pemandu sebelum anda menggunakannya.
 

4. Tiada Bayaran Tips Di Jepun

Kalau anda sangat berpuas hati, tidak perlu memberi Tips (Wang Saguhati Perkhidmatan) kepada sesiapa sahaja. Ia mungking boleh dianggap menghina mereka. Kalau sangat berpuashati dengan servis atau produk, cukup la ucap OKINI yang membawa maksud ‘Terima Kasih Banyak-banyak’.
 

5. Jangan Sesekali Membuang Sampah Merata-rata

Jangan-Buang-Sampah

Memang susah nak cari Tong Sampah di Jepun. Ada, tetapi tidak banyak. Sebab itu, jangan suka-suka buang sampah merata-rata. Sebaiknya, bawa plastik sampah sendiri dan kumpulkan dahulu. Bila sudah jumpa tong sampah baru la buang.
 

6. Buka Kasut Bila Pijak Tatami (Tikar Tatami)

buka-kasut-bila-pijak-tatami

Jangan sesekali pijak Tikar Tatami dengan kasut. Ia dianggap biadap. Pastikan anda sudah membuka kasut dan memijak Tatami dengan sopan.
 

7. Di Restoran, Jangan Bawa Makanan atau Minuman Luar

Jangan-bawa-makanan-luar

Jika anda singgah di mana-mana cafe, restoran atau gerai di Kyoto, sebaiknya jangan membawa makanan luar dan makan di situ. Tidak hormat tuan kedai.
 

Baca : Makanan Halal di Jepun

8. Tolong Beratur Dan Jangan Potong Barisan

tolong-beratur

Samada anda beratur untuk beli makanan, membeli tiket, naik keretapi atau apa sahaja, jangan sesekali memotong barisan. Ia sangat tidak beradab bagi orang Jepun. Sila tunggu, orang lain juga menunggu seperti anda.
 

9. Jangan Batalkan Tempahan Makanan Saat Akhir

jangan-batalkan-tempahan-saat-akhir

Orang Jepun terkenal dengan sifat ‘punctual’ dan disiplin. Bila kita membuat tempahan, mereka awal-awal akan bersedia untuk menyediakan tempahan kepada kita. Jadi, membuat pembatalan tempahan di saat akhir sebenarnya satu perbuatan yang biadab. Melainkan, anda bayar dengan bayaran penuh semua tempahan yang dibuat.
 

10. Jangan Menunggang Basikal Secara Merbahaya

jangan-bawa-basikal-secara-merbahaya

Walaupun basikal sebuah kenderaan yang biasa, anda dinasihatkan tidak menunggang basikal di jalanraya di Jepun secara merbahaya. Kalau tidak, anda mungkin boleh di saman sehingga denda 1 Juta Yen atau penjara tidak lebih 5 tahun.
 

11. Jangan Buat Kotor Selepas Menggunakan Tandas

Jangan Buat 19 Perkara Ini Di Kyoto No 10 Paling Mahal Denda 1 Juta Yen

Orang Jepun memang punyai budaya pembersih. Jadi, kalau guna tandas, lebih-lebih lagi tandas restoran atau rumah orang di sana, jangan lah biarkan ia kotor.
 

12. Jangan Halang Laluan Orang Lain

Kawasan pejalan kaki khususnya di Kyoto mungkin agak kecil dengan jalan kaki lima bersebelahan dengan jalan raya. Jadi, pastikan anda tidak menghalang laluan orang lain atau menyusahkan orang lain ketika berada di Kyoto.
 

13. Jangan Tinggalkan Basikal Di Tengah Laluan Awam

jangan-tinggalkan-basikal-di-jalan

Jika anda menunggang basikal, jangan tinggalkannya di jalanraya. Ia satu kesalahan.
 

14. Utamakan Tempat Duduk Kepada Yang Memerlukan

utamakan-tempat-duduk-kepada-yang-memerlukan

Bila menaiki keretapi atau bas awam, utamakan tempat duduk kepada kanak-kanak, ibu mengandung, orang tua dan juga mereka yang kurang upaya.
 

15. Jangan Mengambil Gambar Keretapi Dalam Jarak Yang Dekat dan Merbahaya

Walaupun teruja untuk mengambil gambar keretapi di kawasan Kyoto, pastikan anda berdiri jauh dari kawasan bahaya. Jangan terlalu hampir dengan keretapi yang sedang bergerak.
 

16. Elak Sentuh Bangunan dan Objek Pameran

elakkan-sentuh-objek

Objek yang dipamerkan adalah untuk tontonan semua. Sebaiknya jangan sesekali menyentuh objek yang dipamerkan untuk tontonan pelancong lain selepasnya. Kalau tersentuh, terjatuh, pecah atau rosak, macamana?

Baca : Pengalaman Berada di Muzium Osaka
 

17. Jangan Buat Bising

jangan-bising

Orang Jepun terkenal dengan budaya yang senyap dan sopan. Elakkan dari bercakap terlalu kuat atau membuat bising di kawasan awam. Itu kurang sopan.
 

18. Jangan Ambil Gambar Di Kawasan Terlarang

jangan-ambil-gambar-di-kawasan-terlarang

Pastikan anda tidak mengambil gambar di kawasan yang di larang. Ia untuk menghormati privasi pemilik tempat atau privasi sesuatu Agama di kawasan tersebut. Jangan sampai kamera atau smartphone anda di rampas.
 

19. Sebaiknya Tanggalkan Topi dan Cermin Mata Di Kawasan Suci Orang Jepun

tanggalkan-topi-dan-cermin-mata-di-kawasan-suci-orang-jepun

Seperti mana orang Non-Muslim yang masuk ke Masjid diwajibkan memakai pakaian yang menutup aurat, begitu juga kita ketika memasuki kawasan suci mereka. Hormat peraturan mereka selagi ia tidak menyalahi Akidah Agama Islam.
 

Ini antara Pantang Larang Orang Jepun yang anda patut ikut kalau ke Kyoto. Ingat adab-adab yang baik jika kita melancong, bukan sahaja di Jepun, malah di negara lain, termasuk di negara sendiri Malaysia, sepatutnya kita mengamalkan adab dan adat yang baik untuk kesenangan semua orang.

Terima kasih kepada sumber Kyoto Travel Guide.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.