GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Lens Library Tempat Sewa Kamera Murah Di Kuala Lumpur

Untuk orang biasa seperti saya, tak mampu nak beli kamera yang mahal, kamera yang berharga puluhan ribu. Tetapi dalam masa yang sama, passion saya adalah untuk mengambil gambar yang terbaik. Sebab itu, untuk Jurugambar dan mereka yang terlibat dalam pembikinan Video, ada pilihan terbaik untuk anda semua. Ini dia, Lens Library Tempat Sewa Kamera Murah Di Kuala Lumpur.

Pertama kali MrJocko singgah di pejabat utama mereka di CO3 Puchong, ia memang umpama berada di syurga kamera dan lensa kamera. Bayangkan, semua jenama kamera terbaik di dunia, ada di sini. Sebut sahaja jenama apa yang terlintas, hampir semua jenama ada seperti Sony, Canon, Nikon, Fuji, Olympus, Leica, Hasselblad, GoPro, DJI Osmo dan banyak lagi.

Baca : MrJocko dan Pengalaman Review Kamera

Lens Library Tempat Sewa Kamera Murah Di Kuala Lumpur


 

Lens-Library-Tempat-Sewa-Kamera-Murah-Di-Kuala-Lumpur-05 copy

Lens-Library-Tempat-Sewa-Kamera-Murah-Di-Kuala-Lumpur-01

Kalau ‘body camera’ pun dah banyak kat sini, apatah lagi lensa. Dari jenama lensa 1st Party, hingga ke jenama lensa 3rd Party, yang boleh digunakan di body camera seperti Sony, Canon, Nikon malah di kamera Fuji. Ada jenama lensa 3rd party yang semakin popular seperti Sigma, Zeiss dan Tamron, antara lensa pilihan selain dari menggunakan lensa jenama yang sama.

Tentang harga sewa kamera dan lensa kamera di sini, harga jauh lebih murah dari tempat lain. Ya, memang benar. Tetapi perlu ingat, untuk mendapatkan harga sewa kamera dan peralatan kamera dengan harga yang murah, anda mesti menjadi Ahli (Member). Ia adalah untuk memudahkan urusan dan juga perkhidmatan. Maklum lah, peralatan kamera yang bagus di sini berharga ribuan ringgit, perlu ada rekod dan maklumat legkap tentang ahli supaya semua pihak berpuas hati.
 

Lens-Library-Tempat-Sewa-Kamera-Murah-Di-Kuala-Lumpur-09
Lens Legenda Canon 200mm f1.8 Lens of Sauron

Lens-Library-Tempat-Sewa-Kamera-Murah-Di-Kuala-Lumpur-02

Lens-Library-Tempat-Sewa-Kamera-Murah-Di-Kuala-Lumpur-03
Lens Fujinon Terbaik
Lens-Library-Tempat-Sewa-Kamera-Murah-Di-Kuala-Lumpur-04
Kamera Untuk Di Sewa

Okay, bercerita tentang sewa kamera di sini, andaikan anda menyewa kamera sahaja, model Sony A9, biasanya di luar harga sewa untuk sehari sekitar RM200 ke RM300. Tetapi kalau di Lens Library, harga sewanya adalah di bawah RM100 sahaja. (Info tentang harga sewa kamera lengkap boleh hubungi pihak Lens Library – +6012-482 1030 atau +6013-700 3370)

Sesiapa sahaja yang singgah di sini, semestinya photographer, dialu-alukan untuk mencuba sendiri kamera dan lens yang ada di Lens Library Puchong. Ya, ambik la untuk rasa sendiri kehebatan kamera terbaik di dunia ini.

Baca : Trip MrJocko dengan Menggunakan Servis Sewa Kamera Lens Library Puchong

Bagaimana nak jadi Member Lens Library? Itu pun kena ke outlet Lens Library sendiri atau hubungi talian tersebut. Laman Fanpage Lens Library CO3 Puchong

Lens-Library-Tempat-Sewa-Kamera-Murah-Di-Kuala-Lumpur-06

Lens-Library-Tempat-Sewa-Kamera-Murah-Di-Kuala-Lumpur-06

Lens-Library-Tempat-Sewa-Kamera-Murah-Di-Kuala-Lumpur-08
Lens-Library-Tempat-Sewa-Kamera-Murah-Di-Kuala-Lumpur-08

Lens-Library-Tempat-Sewa-Kamera-Murah-Di-Kuala-Lumpur-08

Nak lihat hasil gambar dan video dari Sewa Kamera di Lens Library ini boleh ke Facebook atau Google dan klik pautan ini :

Tempat Sewa Kamera Murah di Kuala Lumpur

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.