GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Pelancaran International Music Video Awards Festival 2020 (IMVAF 2020)

Pelancaran International Music Video Awards Festival 2020 (IMVAF 2020) telah pun berlangsung meriah semalam sebagai satu usaha untuk menggalakkan ‘perdamaian dunia’ serta mempromosikan ‘mesej positif’ melalui persaingan video muzik dikalangan penggiat seni hiburan.

Acara anugerah antarabangsa yang berprestij ini akan dianjurkan oleh TOC Production dan dijadualkan akan berlangsung pada tarikh 7 Mac 2020 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, Malaysia. Sudah pasti, ramai Selebriti dan VIP akan turut sama memeriahkan majlis gilang gemilang ini nanti.

Baca : MrJocko dan Cerita Tentang Anugerah

Pelancaran International Music Video Awards Festival 2020

International-Music-Video-Awards-Festival-2020
 

Founder kepada TOC Production dan Pengasas IMVAF 2020, Miss Excella Chong berkata anugerah itu adalah satu inisiatif di mana pemain industri utama, dari para artis, pengarah filem, koreografer kepada pengeluar boleh mempamerkan karya mereka dan mendapat pengiktirafan di seluruh dunia.

“Ia adalah platform yang diperuntukkan untuk mempamerkan budaya dan seni melalui hiburan dan pendidikan (edutainment) dan akan mempamerkan artis dari Malaysia dan China untuk meraikan pencapaian mereka dalam penggambaran, penciptaan muzik dan seni persembahan. Dengan majlis anugerah seperti ini, IMVAF 2020 berharap dapat mendidik rakyat melalui video muzik,”
 

International-Music-Video-Awards-Festival-2020

Semalam, turut hadir ialah pengasas Presiden Persatuan Rantai Malaysia (MRCA), Datuk Seri Garry Chua, Pengerusi Antarabangsa Pelancongan Tan Sri Danny Ooi, dan Pengerusi Persekutuan Rangkaian dan Francais ASEAN, Prof Datuk Dr Jayles Yeoh.

Untuk informasi semua, penyertaan video muzik untuk anugerah ini, mestilah memfokuskan kepada tema perdamaian dunia dengan fokus sama ada hubungan antara Malaysia dan China; mewujudkan kesedaran untuk penyebab sosial; atau mempromosikan nilai moral positif yang lain.

Bahasa rasmi untuk video muzik adalah Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, dan Mandarin (dengan subtitle Bahasa Inggeris atau Mandarin apabila perlu). Tarikh tutup penyertaan dan penyerahan video muzik ialah pada atau sebelum 10 Januari 2020.

Untuk butiran lebih lanjut mengenai kriteria anugerah dan garis panduan penyerahan video muzik, lawati www.imvaf.com.

Secara peribadi, jika promosi seperti ini diperluaskan, ia sedikit sebanyak boleh menarik pelancong khususnya dari negara China untuk terus datang ke Malaysia. Memang ramai yang tahu, kuasa beli pelancong China memang boleh membantu dlam merancakkan industri pelancongan di Malaysia.

Baca : MrJocko dan Perkongsian Hiburan

International-Music-Video-Awards-Festival-2020-IMVAF 2020-03
Adam Ham, CEO of Global Creative & Media Agency (GCMA), Esther Ong, IMVAF Legal Advisor, Francis Yip, IMVAF Creative Director, Excella Chong, Founder of TOC Production and IMVAF, Mr. Tan (VIVO Brand Manager), Datin Catherine Tung, Director of Overseas Tours & Travel and William Lim, CEO of Aforadio Marketing.

Disertakan senarai mereka-mereka yang terlibat secara langsung dalam International Music Video Awards Festival 2020 (IMVAF 2020).

IMVAF 2020 Organizer:
1. Ms. Excella Chong, Founder of TOC Production & International Music Video Awards Festival (IMVAF)

IMVAF 2020 Celebrity Ambassadors:
1. Ms. Lee Pei Ling, Singer-Songwriter
2. Ms. Masya Masyitah, Singer
3. Ms. Ruby Faye, Actress
4. Mr. Juztin Lan, Singer & Actor

IMVAF 2020 Advisors:
1. Tan Sri Danny Ooi, Founder of Miss Tourism International
2. Datuk Seri Garry Chua, President of Malaysia Retail Chain Association (MRCA)
3. Prof. Dato’ Dr Jayles Yeoh, Chairman of ASEAN Retail-Chain & Franchise Federation (ARFF)
4. Dr Janson Ang, President of The Giving Bank

IMVAF 2020 Judges:
1. Dato’ Kamil Othman, Vice President, Asian Film Commissioners Network (AFCNET)
2. Qiu Zhongyi, Secretary General Shanghai Asia Music Festival Organizing Committee
3. Ong Peng Chu, Managing Director of Performers & Artistes Rights Malaysia
4. Jess Teong, Director, Producer & Script Writer
5. Jennifer Qiao, CEO of Malaysia Mango TV Media

IMVAF 2020 NGO Chairties:
1. Dr Janson Ang, President of The Giving Bank
2. Dr Monisha Menon, Secretary on the Board of Directors of Zy Movement Foundation Malaysia
3. Dr Joyce Er, President of Malaysia TCM & Western Treatment Cancer Charity Association

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.