GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Taman Tema Air Angry Birds Splash Water World Kini Di Setia Ecohill Semenyih

Taman Tema Air Angry Birds Splash Water World Kini Di Setia Ecohill Semenyih. Ya, ia satu lagi tarikan untuk semua, sempena dengan ketibaan musim cuti sekolah di Malaysia. Taman Tema Air yang unik ini sudah dibuka dan pastinya menjanjikan kegembiraan kepada semua anak-anak dan sesiapa sahaja yang kaki Taman Tema.

Kalau ada masa, ambil masa anda dan keluarga ke Angry Birds Splash Water World Semenyih. Ia terletak di kawasan perumahan baru di Setia Ecohill Welcome Cente, Semenyih. Sebab, untuk waktu terhad, taman tema air Angry Birds ini hanya akan dibuka dari 22 November 2019 dan akan berakhir pada 5 Januari 2020. Untuk mengawal kualiti kegembiraan anda, setiap hari, hanya 1,500 tiket sahaja akan dijua untuk memastikan kelancaran aktiviti.

Baca : Pelancaran Angry Birds Splash Water World

Angry Birds Splash Water World Kini Di Setia Ecohill Semenyih

angry-birds-splash-water-01 copy

harga-tiket-angry-birds-splash-water
Harga Tiket Angry Birds Splash Water World

 

Harga tiket masuk ke Splash Water World Setia Ecohill ini ialah dewasa 13 tahun – 59 tahun ialah RM50 dan kanak-kanak umur 2 – 12 tahun dan Warga Emas umur 60 tahun ialah RM38. Harga Tiket Express Pass dewasa ialah RM65 dan kanak-kanak umur 2 – 12 tahun dan Warga Emas umur 60 tahun ialah RM53.

Taman Tema Mudah Alih ini sesuatu yang pasti menarik minat anak-anak. Disamping Angry Birds ada pelbagai lagi permainan sukan air dan Slides akan disediakan kepada pengunjung. Katanya, paling best ada slide setinggi 12 meter selain daripada aktiviti-aktiviti menghiburkan untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Ini termasuk satu ‘giant pool’, hiburan, pertunjukkan, event dan juga konsert, maskot-maskot Angry Birds, kedai menjual produk eksklusif Angry Birds dan macam-macam lagi. Senang kata, masa untuk anda habiskan seharian di Taman Tema Air Angry Birds ini dengan pelbagai kegembiraan bersama keluarga, rakan dan juga teman-teman.

Baca : Cerita Tentang Taman Tema MrJocko
 

angry-birds-splash-water-01-opening

angry-birds-splash-water-03

angry-birds-splash-water-04
 

Untuk anda yang datang ke sini berkeluarga, ada pakej khas untuk anda beli. Pakej untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak hanya RM158 sahaja.

Angry Birds Splash Water World Semenyih
Lokasi : Setia Ecohill Welcome Centre, Semenyih
Tarikh : 22 November 2019 hingga 5 Januari 2020
Waktu : 9.00 am – 6.00 pm

Jom jumpa watak Angry Birds seperti Red, Chuck, Bom, Terence, Eagle Mighty, dan Hatchlings yang akan berada di Angry Birds Splash Water Park.

Maklumat lanjut tentang harga tiket dan pembelian tiket water park Angry Birds Setia Ecohill boleh layari Ticket2U Malaysia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.