GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Tarikh Keputusan Peperiksaan UPSR 2019 Akan Di Umumkan 21 November 2019

Sedar tak sedar, umur anak kedua MrJocko dah cecah 12 tahun. Ya, seperti anak-anak lain dia juga adalah calon UPSR 2019. Esok, Khamis, akan menjadi satu lagi sejarah untuk dia. Tarikh Keputusan Peperiksaan UPSR 2019 Akan Di Umumkan 21 November 2019 dan ibubapa boleh mendapatkan keputusan rasmi UPSR anak-anak mereka di sekolah masing-masing seawal jam 10.00am.

Hasya dulu sekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan sekarang sudah berpindah ke Sekolah Kebangsaan biasa untuk Peperiksaan UPSR 2019. Macam orang lain, dia pun ambil 6 matapelajaran untuk UPSR.

Baca : Kenapa Saya Hantar Anak Saya Ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

Tarikh Keputusan Peperiksaan UPSR 2019

Tarikh-Keputusan-Peperiksaan-UPSR-2019 copy

Tarikh-Keputusan-Peperiksaan-UPSR-2019-01

Tarikh-Keputusan-Peperiksaan-UPSR-2019-01
 

Zaman sekarang, matapelajaran di sekolah rendah tak sama sukatan dengan zaman Abam Jocko kecil-kecil. Dulu sekolah rendah banyak belajar benda basic rasanya. Tetapi sekarang, sukatan pelajaran anak-anak sudah semakin ‘advance’ dan jauh lebih mencabar.

Jadi, kalau ada rezeki anak-anak anda dapat keputusan 4A, 5A atau 6A, bermakna anak-anak anda memang hebat. Tahniah untuk mereka.

Baca : MrJocko Ambil UPSR Tahun 1989, Peperiksaan PMR 1993 dan Peperiksaan SPM 1995

Yang nak tengok keputusan anak-anak UPSR 2019, boleh la ke sekolah esok pada jam 10.00am. Kalau tak kesempatan dan ada hal, boleh semak keputusan Peperiksaan UPSR 2019 secara online atau di talian telefon.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut menyediakan perkhidmatan menyesak Keputusan Peperiksaan UPSR dengan talian telefon mySMS 15888.

Rujuk Cara-Cara Semakan Keputusan Peperiksaan UPSR 2019 Di Bawah :

Semak-Keputusan-UPSR-2019-Dengan-Telefon
 

Bagi ibubapa yang nak buat Semakan UPSR 2019 secara Online, boleh klik di pautan ini. Ia boleh diakses menggunakan data internet ataupun menggunakan komputer :

Sistem Aplikasi Semakan Keputusan Peperiksaan UPSR 2019 Secara Online

Kami, InsyaAllah akan ke sekolah untuk sama-sama bagi sokongan. Banyak A atau Kurang A tidak jadi masalah sebab kami tahu anak-anak kita dah berusaha bersungguh-sungguh. UPSR bukan penentu segalanya, tetapi kalau ia berjaya dengan jayanya, pasti la semua ibubapa akan bangga.

Updated : 10.45am 21 Nov 2019

Alhamdulillah, Hasya berjaya juga bawa balik 6 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.