GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Terkini Keadaan Protes Di Hong Kong Khas Untuk Pelancong

Kali terakhir MrJocko ke Hong Kong pada Julai 2019 yang lepas. Walaupun sudah ada kekacauan dan riot disana, masih lagi selamat untuk di lawati. Sejak akhir-akhir ini, ramai yang bertanya bagaimana keadaan di Hong Kong? Selamat tak kalau nak melancong ke sana. Ini informasi Terkini Keadaan Protes Di Hong Kong Khas Untuk Pelancong.

Mungkin ada yang sudah beli tiket untuk ke Hong Kong. Kalau tak boleh nak tunda, harap dapat bersedia dan berhati-hati.

Baca : MrJocko dan Pengalaman Bercuti di Hong Kong

Terkini Keadaan Protes Di Hong Kong Khas Untuk Pelancong

Terkini Keadaan Protes Di Hong Kong copy
 

Nasihat Perjalanan:

Protes di Hong Kong kini memasuki fasa baru disebabkan protest berterusan sehingga hari ini (13 Nov) sejak Sabtu lepas walaupun kebiasaannya protest hanya pada Sabtu dan Ahad.

Protest terkini telah melumpuhkan beberapa stesen MTR dan juga MTR LINES. Trafik di jalan raya bertambah teruk akibat halangan-halangan yang dibuat/diletak oleh protestor.

Bagi mereka yang berkunjung ke Hong Kong ketika ini November 2019, sila pastikan:

1. Elakkan berpakaian warna gelap/putih

2. Sentiasa bawa passport ke mana-mana dan ambil gambat passport dan simpan dalam HP/Emel sebagai backup in-case hilang. Polis akan soal siasat semua orang bagi mencari protestor.

3. Elakkan pergi atau berada di kawasan panas. Central Hong Kong, Tsim Sha Tsui, Mongkok, Kowloon, Kwun Tong, Tuen Mun, Yuen Loong, Causeway Bay, University.

4. Buat masa ini kawasan yang masih tenang sekitar Tsing Yi, Disneyland dan kawasan Tung Chung.

5. Pastikan tiket penerbangan dicetak atau ada dalam handphone bagi memudahkan pemeriksaan polis ketika menuju ke HKIA.

6. Rancang perjalanan 4 jam awal ke HKIA kerana risau trafik yang tidak menentu.

Berita terkini tentang Protes di Hong Kong baca di Channel News Asia

Nampaknya, kalau sekarang, mungkin tidak digalakkan untuk naik ke The Peak Hong Kong

Informasi Berguna ini dikongsi oleh Bro Kenny Ang di laman Facebook Group Backpackers Buddies Malaysia (BBM)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.