GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Tips Kesihatan Senaman Ringan Di Hujung Minggu

Semakin umur cecah selepas 40 tahun, semakin kurang stamina. Percayalah, kadang-kadang rasa tak best bile jalan sikit pun, nafas dah mengah. Sebab itu, sikit-sikit, kami sekeluarga mula ubah gaya hidup aktif. Kalau dulu jarang keluar peluh, kali ini, kami sama-sama buat senaman ringan. Kali ini, nak kongsi sedikit Tips Kesihatan Senaman Ringan Di Hujung Minggu.

Untuk hidup sihat tidak ada jaminan, walaupun anda orang kaya. Tetapi, untuk hidup aktif, semua orang ada pilihan. Aktif tak semestinya sihat, tetapi kalau jenis yang malas nak aktif, mungkin risiko anda diserang penyakit adalah lebih mudah. Ini bukan kata MrJocko, ini kata-kata mereka yang pakar.

Baca : MrJocko dan Hidup Sihat dengan Tagline #FitMalaysia
 

Tips Kesihatan Senaman Ringan Di Hujung Minggu

Senaman-Ringan-Hujung-Minggu-01 copy

Kalau dulu, pada setiap hujung minggu, selepas sarapan sebelah pagi, kami akang balik rumah atau pusing di shopping Mall. Kali ni, kami cuba tukar. Selepas sarapan pagi, kami cuba keluarkan peluh dengan cuba seaktif boleh di taman tasik ataupun di laluan trek larian di mana-mana kawasan rekreasi sekitar Kuala Lumpur.

Ya, ada banyak tempat rekreasi percuma boleh anda cuba kalau berada di Kuala Lumpur. Taman Tasik Titiwangsa masih ditutup untuk kerja-kerja penambahbaikan, Taman Botani Kuala Lumpur, Taman Bukit Kiara, Taman Metropolitan Kepong dan juga Taman KLCC antara lokasi menarik untuk anda beriadah setiap hari.

Baca : MrJocko dan Aktiviti Sihat Di Tasik Perdana
 

Senaman-Ringan-Hujung-Minggu-02

Senaman-Ringan-Hujung-Minggu-04
 

Paling rajin sehingga hari ini ialah Wife MrJocko. Ya, kalau laluan trek larian di taman tasik, dia boleh habiskan sekitar 5 pusingan dengan mudah. MrJocko cukup la dulu untuk ambil sekitar 2 – 3 pusingan sahaja.

Untuk anak-anak MrJocko, mereka lebih kepada aktiviti biasa, berlari-lari di kawasan taman selagi ia boleh mengeluarkan peluh.

Tips Senaman Ringan Hujung Minggu MrJocko

1. Cuba gerakkan anggota badan tanpa perlu kerja keras. Asalkan ia bergerak, itu sudah cukup bagus.

2. Jangan paksa diri. Kalau untuk larian, mulakan dengan berjalan kaki dahulu. Jangan ikut rentak orang lain, ikut kelajuan sendiri

3. Lakukan aktiviti yang ringan dahulu seperti senaman ringan, lompat setempat, push-ups, jalan kaki dan sebagainya

4. Minum air putih banyak-banyak semasa melakukan aktiviti senaman ringan

5. Elakkan dari memakai pakaian yang tebal. Seeloknya cari tshirt yang nipis dan seluar sukan yang sesuai. Kasut juga, pastikan pakai kasut jogging

Hingga hari ini, rutin kami masih lagi tersusun. Kami sekeluarga bukan runner tetapi Alhamdulillah, setakat ini disiplin kami masih lagi terbaik. Harap-harap apa yang kami lakukan ini akan memberi faedah kesihatan kepada kami sekeluarga. Aminnn

Nak dapatan info tentang Fit Malaysia, boleh la baca sini. Ada banyak informasi menarik di Jabatan Belia dan Sukan Negara Fit Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.