GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Tourism Perak Guna TikTok Promosi Sektor Pelancongan

Kerajaan negeri melalui Tourism Perak akan mempromosikan sektor pelancongan Perak menerusi platform TikTok, aplikasi video pendek dalam usaha menarik pelancong bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020. Ya, Tourism Perak Guna TikTok Promosi Sektor Pelancongan dan ia satu langkah terbaik untuk capai sasaran dengan lebih mudah. Kudos!!!

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Perak, Tan Kar Hing, berkata permohonan terkini menerima sambutan hangat daripada remaja milenium di Asia Tenggara dan Barat.

“Kerjasama dengan TikTok dengan melancarkan kempen dari semasa ke semasa akan menjadikan negeri itu diketahui di seluruh dunia,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan Negeri 2020 di persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.

Baca : Tempat Menarik di Negeri Perak Darul Ridzuan

Tourism Perak Guna TikTok Promosi Sektor Pelancongan

Tourism-Perak-Guna-TikTok-Promosi-Sektor-Pelancongan
 

Tourism Perak akan menjana lebih banyak kandungan digital untuk dipromosikan di pelbagai aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter kerana lebih ramai pelancong kini mencari maklumat melalui laman web dan media sosial.

Selain menggunakan TikTok, aplikasi media sosial Weibo dan Wechat juga akan digunakan untuk mempromosikan pasaran di China untuk membantu sektor swasta untuk membuat penerbangan terus dari Guangzhou, China ke Ipoh.
 

Tourism-Perak-Guna-TikTok-Promosi-Sektor-Pelancongan 3

Tourism-Perak-Guna-TikTok-Promosi-Sektor-Pelancongan 3
 

Chalet Terbaik di Perak – Royal Belum Resort

Untuk usaha mempromosikan produk pelancongan Perak menggunakan TikTok, Weibo, WeChat dan media sosial yang lain, tahniah untuk mereka. Ini satu pendekatan yang mudah dan paling senang untuk capai generasi muda.

Cara mempromosikan produk pelancongan degan Media Sosial seperti ini perlu ditambah lagi dengan pelbagai cara dan berterusan. Generasi muda memang tidak punya kuasa beli yang besar, tetapi informasi yang mereka dapat mungkin akan mempengaruhi ibubapa mereka atau penjaga mereka dalam membeli atau menggunakan sesuatu produk.

Lagipun, zaman digital seperti ini, sebelum orang lain buat, kita sepatutnya bergerak lebih dahulu dalam merangka pemasaran yang lebih efisen seperti menggunakan TikTok, Weibo, WeChat, Facebook, Instagram, Twitter dan segala saluran yang ada.

Banyak tempat-tempat menarik di Perak akan mudah dicapai maklumat dengan perkongsian di TikTok dan media sosial yang lain. Sedikit sahaja perkongsian yang menarik boleh menghebahkan negeri Perak ke serata dunia dengan sekelip mata.

Tahniah Tourism Perak.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.