GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Bagaimana Cara Nak Kenal Buah Durian Musang King

Musim Durian di Malaysia akan tiba tak lama lagi. Sekarang pun dah ada tetapi masih belum banyak. Bila tiba musim, InsyaAllah, harga buah durian akan mula turun sedikit. Kalau nak rasa durian Musang King, inilah masanya. Mungkin ada nak tahu, Bagaimana Cara Nak Kenal Buah Durian Musang King?

Antara ciri-ciri utama Durian Musang King atau nama asalnya Raja Kunyit ialah isinya yang berwarna kuning pekat. Durinya bersegi. Sementara pangkal tangkainya tidak berduri dan garisan pangsa jelas pada kulit.

Baca : MrJocko dan Jenis Jenis Durian Popular di Malaysia

Bagaimana Cara Nak Kenal Buah Durian Musang King

Cara Nak Kenal Buah Durian Musang King 01 copy

Cara Nak Kenal Buah Durian Musang King 02

Baca : Gerai Durian Terbaik di Kuala Lumpur Durian King TTDI
 

Mengikut sejarah, durian ini mulanya dikenali dengan nama durian D197. Ia didaftarkan di Jabatan Pertanian pada tahun 1993. Masyarakat Cina tempatan yang gemar menggelarkan raja buah itu sebagai Mao Shan Wang, yang bermaksud ‘Raja Kucing Gunung’ kerana ia merujuk kepada bentuk isi durian yang mirip posisi seekor kucing yang sedang tidur.

Kemudian, nama panggilan ini terus digunakan secara meluas sehingga perkataan ‘Mao Shan’ ditukar kepada sebutan Musang. ‘Wang’ ditukar kepada King sehingga dikenali sebagai Musang King hingga ke hari ini.

Beliau berkata untuk itu, pembeli perlu sentiasa berhati-hati dalam membeli durian Musang King supaya tidak ditipu penjual.

Nak kenal dengan cara mudah ialah tangkainya yang lebih panjang dari buah durian yang lain dan juga dibahagian bontotnya, ada corak bintang seperti bentuk Tapak Sulaiman.

Paling popular ialah Durian Musang King yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan. Ia lebih lonjong seperti bola ragbi berbanding baka lain yang berbentuk bulat. Selain itu ia mempunyai corak seakan bintang pada bawah buahnya atau bentuk Tapak Sualiman.
 

Cara Nak Kenal Buah Durian Musang King 06
Tapak Sulaiman

Cara Nak Kenal Buah Durian Musang King 05
 

Bagi mereka yang pernah makan Musang King, isi durian ini lebih tebal dan ditambah rasa lemak yang sedikit pahit serta bijinya pula kecil berbanding baka lain.

Durian Musang King cukup diminati penggemar durian sehingga dijual agak mahal bermula. Ia dijual dari harga RM50 sekilogram di pasaran atau 30 hingga 40 peratus lebih mahal daripada jenis durian yang lain. Malah terdapat sesetengah peniaga yang tidak bertanggungjawab cuba mengaut keuntungan mudah dengan mendakwa menjual Musang King. Walhal ia merupakan baka durian yang lain.

Oleh kerana buah durian Musang King dijual dengan harga yang agak tinggi di Malaysia. Sebaiknya jika anda teringin nak beli dan makan buah ini, jangan sampai tertipu dengan buah durian jenis lain. Kalau baca balik informasi yang saya kongsikan di atas, InsyaAllah anda boleh mengenal jenis Durian Musang King Yang Asli.

Cara Nak Kenal Buah Durian Musang King 07

Kredit Gambar : Belang Tarung Durian Musang King

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.