GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Food Review Restoran Ayam Kampung Hassan Kampung Baru

Kali ini nak kongsi restoran yang menjadi pilihan feveret saya sejak dulu. Ini Food Review Restoran Ayam Kampung Hassan Kampung Baru. Ini antara gerai makanan yang populat untuk makan tengahari di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Ia menyediakan menu unik pilihan makanan orang Kelantan.

Sejak menetap di Kuala Lumpur, dah banyak kali saya singgah di sini. Sebabnya, menu di sini antara menu masakan orang Kelantan asli. Paling menarik, menu ayam kampung goreng bodo, dengan ulam-ulaman, gulai daging, iakan singgang, dan banyak lagi termasuk Budu.

Baca : Menu Masakan Kelantan Yang Sedap

Food Review Restoran Ayam Kampung Hassan Kampung Baru

Food-Review-Restoran-Ayam-Kampung-Hassan-Kampung-Baru-02 copy
 

Baca : Menu Terbaik Di Restoran Hassan Ayam Kampung

Kalau ke sini, kami sekeluarga memang akan ambil beberapa lauk yang wajib. Antara yang kami suka makan ialah Ayam Kampung, Daging Gulai Hancur, Ikan Bakar, Ulaman dan juga Budu.

Lauk lain pun ada kalau nak cuba. Ada pilihan sotong gulai, ikan goreng, ikan singgang, telur goreng, gulai lala, gulai telur dan banyak lagi. Cuba dulu, pasti anda akan suka, tak kira lah samada anda orang Kuala Lumpur, orang Kedah, orang Johor, InsyaAllah, rasa dia antara rasa Malaysia asli.
 

Restoran Ayam Kampung Hassan Kampung Baru
Restoran Ayam Kampung Hassan Kampung Baru

Food-Review-Restoran-Ayam-Kampung-Hassan-Kampung-Baru-03

Baca : Menu Ayam Kampung Sedap di Kuala Lumpur
 

Kalau nak cari kedai ni, senang cari lokasi Food Court (Medan Selera Jalan Raja Muda Abdul Aziz). Kedai Ayam Kampung Hassan ni terletak di kedai kedua menghadap jalan besar. Jenguk-jenguk la dulu, pasti akan jumpa.

Ruang Parkir ada, ia percuma tetapi terhad. Jadi, kalau nak datang makan ke sini sebaiknya datang seawal jam 11.30pagi atau datang dengan motorsikal. Kalau kereta, kena la menunggu sedikit untuk mendapatkan ruang parkir.

Gerai ini dibuka setiap hari seawal jam 11.00pagi sehingga petang. Biasanya sekitar jam 4.00 petang kebanyakkan lauk ayam kampung sudah habis, bergantung kepada pelanggan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.