GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Kemasukan Pelawat Negara China Wuhan Hubei Di Sekat

Sejak bermulanya panik dunia tentang wabak Virus dari Wuhan China, netizen di Malaysia mula bimbang ia akan turut menyerang Malaysia. Ramai yang tahu, Singapura telah punyai Kes CoronaVirus dan ia terlalu dekat Malaysia. Akhirnya, semalam, pihak Kerajaan telah mengeluarkan Kenyataan Akhbar bahawa Kemasukan Pelawat Negara China Wuhan Hubei Akan Di Sekat buat sementara waktu.

Walaupun ramai yang tahu, wabak CoronaVirus akan membantutkan kedatangan pelancong China ke Malaysia dan akan memperlahankan industri pelancongan seluruh dunia, khususnya Tahun Melawat Malaysia 2020.

Presiden Persatuan Pelancongan dan Pelancongan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang berkata, setakat hari ini, Travel Agency telah menerima banyak pembatalan pakej pelancongan di Malaysia. Sudah pasti, pelancongan masuk dan keluar antara Malaysia dan China akan terjejas teruk.

Baca : MrJocko dan Berita Isu Semasa

Kemasukan Pelawat Negara China Wuhan Hubei Di Sekat

Kemasukan-Pelawat-Negara-China-Wuhan-Hubei-00 copy

Kemasukan-Pelawat-Negara-China-Wuhan-Hubei
Kenyataan Akhbar – Corona Virus Malaysia

 

Menurut Tourism Malaysia, terdapat lebih kurang 1.55 juta pelancong dari China ke Malaysia pada separuh pertama 2019. Pada tahun 2018, Malaysia menerima sejumlah 2.94 juta pelancong China ke negara ini dan ia telah menjana pendapatan negara dalam industri pelancongan Negara.

Sementara itu, pengerusi Persatuan Pelancongan dan Pengembaraan Sabah (SATTA), Winston Liaw, berkata larangan Beijing akan memberi impak besar kepada industri pelancongan di negeri Sabah khususnya.

Rakyat China, katanya, membentuk 45% daripada anggaran 1.45 juta pelancong antarabangsa ke negara Malaysia Timur.
 

CoronaVirus Malaysia

Kes CoronaVirus Malaysia
Langkah Pencegahan CoronaVirus di China

Pesakit CoronaVirus Wuhan
Pesakit CoronaVirus Wuhan

 

Nak buat camana, ia memang wabak yang merbahaya. Mahu atau tidak, kita terpaksa mengekang penyakit dan wabak ini supaya tidak merebak ke tempat lain. Itu lebih baik daripada menerima risiko yang berat yang mungkin akan memburukkan lagi penyebaran Wabak CoronaVirus di Malaysia.

Rakyat Malaysia pula, diharapkan menunda perjalanan ke tempat-tempat berisiko tinggi mempunyai wabak 2019 CoronaVirus ini, terutamanya ke negara China. Kalau boleh batalkan perjalanan, ia lebih baik untuk semua.

Elakkan berada di kawasan yang sesak dengan manusia buat sementara waktu. Bataskan aktiviti yang tidak perlu dan sebaiknya ambil pencegahan yang lebih awal seperti memakai Topeng Muka Khas dan juga menjaga kebersihan termasuk menggunakan Sanitizer.

Semoga wabak yang bahaya seperti CoronaVirus ini akan cepat dibendung.

Untuk berita yang mutakhir tentang Virus dari Wuhan ini, boleh layari laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.