GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Food Review Restoran Halal Saray Kebab Caffe Asakusa Station

Ketika mula sampai di Asakusa Nakamise Street tahun 2012, itu pertama kali singgah makan Tempura di kedai berdekatan. Kini, ada banyak restoran halal dan Friendly Muslim Food di sekitar Sensoji Temple, Asakusa Nakamise Street. Ini adalah entry tentang Food Review Restoran Halal Saray Kebab Caffe Asakusa Station.

Kali ini, saya nak kongsi pengalaman makandi restoran Kebab Turki, terletak di pintu masuk sebelum Asakusa Station Tsukuba Express. Ia juga dekat dengan penginapan kami, Kapsul Hotel di Khaosan Tokyo Samurai Asakusa. Lokasinya hanya sekitar 5 minit perjalanan ke Don Quijote Asakusa dan juga 7 minit perjalanan ke Sensoji Temple di Nakamise Street. Dekat sangat dengan tumpuan pelancong di Tokyo.

Baca : Nakamise Street Tumpuan Pelancong di Tokyo

Food Review Restoran Halal Saray Kebab Caffe Asakusa Station

Food Review Restoran Halal Saray Kebab Caffe Asakusa Station

Lokasi Restoran Halal Saray Kebab Asakusa Tokyo
Lokasi Restoran Halal Saray Kebab Asakusa Tokyo

 

Ada banyak set yang boleh anda cuba. Antara menu yang popular ialah Kebab Rice (Nasi Kebab), Otsumami Kebab, Kebab Wrap dan juga Kebab Sandwich. Harga set kebab ini hanya JPY600 (MYR24) untuk satu hidangan dan tambahan JPY100 (RM4) untuk hidangan Large (Besar).

Ada dua pilihan lauk di sini samada untuk makan ayam atau daging lembu. Kalu nak lebih variasi, boleh mintak mixed (campuran ayam dan daging). Bagi kami, pilihan untuk makan Nasi Kebab dengan campuran Ayam dan Daging paling jimat.
 

Saray-Kebab-Caffe-Halal-Asakusa-Station-07
Saray Kebab Halal Menu

Saray-Kebab-Caffe-Halal-Asakusa-Station-08

Saray-Kebab-Caffe-Halal-Asakusa-Station-01
 

Satu hidangan di sini sebenarnya boleh untuk dikongsi dua orang. Tetapi, memandangkan kami masing-masing sangat lapar, kami habiskan juga menu tersebut. Kenyang.

Untuk rasa, ia lebih kurang dengan beberapa menu Shawarma Kebab yang biasa kita makan di Malaysia. Cuma pilihan sos di sini mengikut citarasa sos orang Jepun. Sederhana, Pedas dan Sangat Pedas. Pun begitu, rasa pedas sini rasanya bukan 100% datang dari cili. Mungkin ia adalah campuran bahan-bahan lain.
 

Saray-Kebab-Caffe-Halal-Asakusa-Station-02
Mix Kebab

Saray-Kebab-Caffe-Halal-Asakusa-Station-04
 

Tapi keseluruhan untuk menu sebegini di Jepun, dalam cuaca yang sejuk, ia memang berbaloi. Kalau nak lebih sedap, mungkin boleh request daging atau ayam garing sedikit. Kalau rasa biasa, ia agak lembut.

Restoran ini dibuka 24 jam. Jadi, untuk anda yang memang cari menu halal di Tokyo, Saray Kebab ada banyak cawangan dan kebanyakkannya dibuka selama 24 jam. Senang nak cari makanan halal di Jepun ni.

Nak baca review lain tentang Saray Kebab Caffe di Jepun, boleh baca di laman web TripAdvisor ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.