GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Food Review Sate Sedap Hanya Di Restoran Satay Station

Menu seperti Sate sememangnya dah jadi makanan kegemaran orang Malaysia. Tengok saja bila tiba musim perayaan, antara hidangan utama orang Malaysia adalah Sate. Andai anda salah seorang peminat sate, jom saya kongsi kat mana nak cari sate yang sedap sekitar Kuala Lumpur. Ini dia, Sate Sedap Hanya Di Restoran Satay Station dengan kualiti rasa premium.

Mungkin ramai tidak tahu, cara memilih bahan untuk dijadikan sate, cara perapan rempah sate dan cara masak adalah penting untuk memberikan rasa sate yang sangat sedap dan rasa premium. Tidak hanya menguyah ayam atau daging dilidi, sate sebenarnya satu hidangan istimewa untuk mereka yang pentingkan kenikmatan rasa makanan asli tradisi Nusantara.

Baca : Saya Sebagai Food Blogger, Review Makanan Sedap



Sate Sedap Hanya Di Restoran Satay Station

Sate-Sedap-Hanya-Di-Satay-Station-09
 

Kali ni, untuk rasa sate yang bermutu, kami sekeluarga ke Restoran Satay Station Kampung Pandan. Kalau dulu, kami cuma makan sate biasa, kali ini biarlah sekali nak cuba menu sate premium pilihan ramai peminat sate di Kuala Lumpur. Ya, ia mungkin mahal sedikit berbanding harga sate kajang, tetapi kepuasan rasa yang sedap pasti makan membuatkan sesiapa saja rasa puas.

Kami ke Satay Station Kampung Pandan. Tempat ni, katanya tempat bermulanya tapak resipi dan jenama Satay Station di Kuala Lumpur. Rumah keluarga yang kemudiannya diubah menjadi Restoran yang unik di Kampung Pandan.

Pilihan kami kali ini nak cuba menu Satay Wagyu yang diorang kata antara menu Sate Viral yang menjadi pilihan ramai peminat Kaki Makan. Bukan senang nak cari menu Sate Daging Wagyu sebab ia antara pilihan menu yang rare dan premium.
 


 

Oh ya, bukan setakat Sate saja yang ada di Satay Station Kampung Pandan. Pastinya, kalau ke sini boleh cuba menu lain seperti Mee Rebus dan juga Nasi Lemak dengan Sambal Sotong. Jangan lupa cuba air buah, signature mereka. Berbaloi.

Rasa sendiri jus sate yang mereka hidang di sini. Kalau setakat Sate Ayam, Sate Daging atau Sate Perut yang kita biasa makan, ia mungkin jauh lebih sedap sebab kualiti kat sini mereka pastikan bahan segar dari dapur.

Tambah lagi, kalau cuba pilihan premium, Satay Wagyu Satay Station, pasti semua orang akan suka. Daging, tetapi lembut selepas dibakar, membuatkan sesiapa saja tak akan puas dengan rasa sate di Satay Station.

Khalisha suka rasa Nasi Lemak, manakal Hasya nampak teruja rasa Mee Rebus. Yang si kecil, Iris memang suka makan sate. MrJocko dan Wife, memang peminat sate. Pastilah kalau nak syorkan untuk anda semua cuba Satay Daging Wagyu di sini. Berbaloi…

Promosi Harga Satay-Station
Promosi Harga Satay Station

 

Sate-Sedap-Hanya-Di-Satay-Station-08
Review makanan di Satay Station Kampung Pandan
Sate-Sedap-Hanya-Di-Satay-Station-09
Satay Station

Sate-Sedap-Hanya-Di-Satay-Station-10

Mee Rebus Satay Station
Mee Rebus Satay Station
Sambal Satay Station
Sambal Satay Station

Sate-Sedap-Hanya-Di-Satay-Station-13

Sate-Sedap-Hanya-Di-Satay-Station-14
Sekeluarga Makan Sate di Satay Station

Khas buat peminat Satay Station, jika tidak berkesempatan untuk ke restoran, anda boleh membuat tempahan dan penghantar dengan lebih mudah. Kos penghantaran berpatutan. Kalau order dalam kuantiti banyak, sudah pasti ia adalah Percuma.

Satay Station mempunyai beberapa cawangan termasuk di Kampung Pandan, Mont Kiara, Tasik Permaisuri, Ampang Waterfront dan juga di Putrajaya.

Menu terbaru di Satay Station, mereka mula menghidangkan menu Sate Ayam Belanda. Hah!!! Yang ni lagi Rare…

Sate Ayam Belanda di Satay Station
Sate Ayam Belanda di Satay Station
Sate Daging Wagyu di Satay Station
Sate Daging Wagyu di Satay Station

Seperti biasa, untuk dapatkan informasi lengkap, pakej harga Satay Station dan tempahan boleh layari laman Facebook mereka.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.