GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Helmet Arai Yamaha VZ RAM Kodo II Design Tokyo Olympic 2020

Khas buat peminat motorsikal dan aksesori motorsikal, ini ada berita baik untuk anda. Arai dengan kerjasama Yamaha sudah mengeluarkan helmet ‘open face’ Edisi Terhad dengan menggunakan rekaan seni gelaran Kodo pada helmet model Arai VZ RAM. Memperkenalkan, Helmet Kolaborasi Arai Yamaha VZ RAM Kodo II Design Tokyo Olympic 2020.

Seperti beberapa model helmet Arai edisi terhad dan model kolaborasi sebelum ini, rekaan dari rekaan Kodo ini menjadi pilihan ramai penunggang motorsikal dan juga peminat helmet khususnya dari Malaysia. Ia umpama masterpiece keluaran Arai Helmet yang patut dijadikan koleksi semua peminat motorsikal.

Baca : Pengalaman Beli Helmet Dari Jepun

Helmet Arai Yamaha VZ RAM Kodo II Design Tokyo Olympic 2020

Arai Yamaha VZ RAM Kodo Design Olympic 2020
 

Apa itu helmet jenama Arai?

Arai Helmet, adalah syarikat pembuatan helmet yang terkenal sejak tahun 1926 dan kini membuat helmet berkualiti tinggi untuk kegunaan sukan permotoran di dunia. Ia berpusat di Saitama Jepun dan ia adalah antara syarikat pembuatan helmet terkenal di dunia.

Kodo pula dalam bahasa Jepun ia membawa maksud Degupan Jantung yang membawa maksud lebih kepada Heartbeat, mungkin adrenalin tentang kelajuan sukan permotoran.
 

Helmet Arai Yamaha VZ RAM Yellow Kodo 2020
Helmet Arai Yamaha VZ RAM Yellow Kodo 2020
Helmet Arai Yamaha VZ RAM White Kodo 2020
Helmet Arai Yamaha VZ RAM White Kodo 2020

Helmet Arai Yamaha VZ RAM Kodo Design

Baca : Beli Helmet Luar Negara Dan Bagaimana Nak Bawa Masuk
 

Ketika kami ke Ricoland bulan Januari 2020, diberitahu bahawa model Arai Yamaha VZ RAM putih dan kuning ini adalah model yang baru sahaja dilancarkan. Ia hanya mempunyai 2 warna sahaja, iaitu Putih dan Kuning.

Untuk informasi koleksi helmet kolaborasi Arai X Yamaha ini hanya dikeluarkan sebanyak 500 unit sahaja. Saiz helmet berwarna putih hanya tinggal saiz S dan M sahaja, manakala helmet kuning masih lagi mempunyai saiz S, M, L dan juga XL.
 

Helmet Arai Yamaha VZ RAM Kodo Design 1
 

Rekaan seni yang diletakkan di helmet Arai Yamaha VZ RAM ini sempena dengan sambutan Olympic 2020. Yang mana sebelah kiri dan kanan helmet dilukis dengan gambar Fujin Raijin zu Byobu, katanya adalah mitos Syaitan, yang terdapat dalam buku dongeng lama orang Jepun.

Gambar Fujin Raijin zu Byobu ini juga terdapat pada duit Syiling Peringatan (Commemorative Coin Olympic 2020 Tokyo nilai 500 Yen).

Commemorative Coin Tokyo 2020 Olympic 500 Yen
Commemorative Coin Tokyo 2020 Olympic 500 Yen

 

Harga helmet Arai Yamaha VZ RAM Kodo II 2020 ini dijual dengan harga JPY56000 (MYR2100) di Jepun, tidak termasuk tax. Kalau kita orang Malaysia beli, tak perlu bayar tax. Harga pasaran jualan di Malaysia, untuk collector ia boleh mencecah RM3500 (setakat hari ni) dan boleh meningkat lebih tinggi kerana ia adalah edisi terhad dan unit yang sedikit.

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.