GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Hujung Minggu Di Flea Market Amcorp Mall Petaling Jaya

Sejak puluhan tahun, lokasi Pasar Karat atau lebih dikenali dengan nama Flea Market Amcorp Mall Petaling Jaya ini menjadi tumpuan ramai peminat barangan vintage, collector items dan pelbagai produk yang ‘rare’. Saban minggu, terletak di LG Floor ini akan dipenuhi dengan penjual dan pencari barangan purba serta peminat-peminat tertentu.

Kalau dulu ada beberapa jenis sahaja yang dijual di sini, tetapi kini, bukan setakat piring hitam, kaset, telefon lama, kasut lama, duit lama, malah permainan lama, perabut lama, baju lama dan pelbagai barangan ‘collector items’ ada dijual di sini.

Baca : Buat Facial di Amcorp Mall

Hujung Minggu Di Flea Market Amcorp Mall PJ

Flea-Market-Amcorp-Mall-Petaling-Jaya-01 copy
 

Dah lama saya tak ke sini. Tapi kali ini, nak juga singgah sebab ada beberapa benda nak cari. Tapi, tersinggah di kawasan ni lebih awal, jam 9.00 dah sampai. Rupanya sekarang, mereka buka kedai sekitar jam 10.00 pagi dan tutup pada jam 5.00 petang.

Walaupun kawasan utama untuk menjual koleksi vintage di Amcorp Mall adalah di kawasan LG Floor. Tetapi, setiap tingkat disediakan kawasan untuk peniaga lain membuka meja dan menjual produk-produk mereka. Paling banyak, kawasan ini adalah penjual yang menjual mainan.
 

Flea-Market-Amcorp-Mall-Petaling-Jaya-03

Flea-Market-Amcorp-Mall-Petaling-Jaya-04

Flea-Market-Amcorp-Mall-Petaling-Jaya-05

Flea-Market-Amcorp-Mall-Petaling-Jaya-06

Flea-Market-Amcorp-Mall-Petaling-Jaya-07

Flea-Market-Amcorp-Mall-Petaling-Jaya-08
 

Paling menarik pandangan MrJocko, pastinya koleksi mainan Hotwheels dan beberapa model kereta Takara Tomi yang rare. Tak sangka, banyak koleksi kereta mainan Hotwheels yang limited edition dengan harga yang berbaloi.

Jadi, untuk anda peminat barangan purba atau istilah suka menyelam, kat sini, tempat paling sesuai. Boleh datang pada hari Sabtu dan Ahad bermula jam 10 pagi.

Layari laman Facebook Flea Market Amcorp Mall atau terus ke alamat mereka di LG, 172, Persiaran Barat, Pjs 52, 46050 Petaling Jaya, Selangor

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.