GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Jangan Masuk Ke Iconic Bridge Elmina Yang Sedang Viral

Jangan Masuk Ke Iconic Bridge Elmina Yang Sedang Viral, itu adalah peringatan kepada semua oleh seseorang dilaman Facebook. Ini ekoran dari beberapa gambar yang dikongsikan oleh netizen sejak beberapa minggu yang lepas. Gambar-gambar Iconic Bridge Elmina ini memang cantik tetapi ia belum lagi dibuka kepada umum.

Saya sekadar berkongsi peringatan dari netizen yang menggunakan akaun Facebook ‘Nurul Mohd’. Pandangan saya, dia mungkin berada di pihak yang bertanggungjawab dalam menyiapkan struktur tersebut dan sekadar memberi peringatan untuk kebaikan semua.

Baca : Destinasi Pelancongan Menarik di Sekitar Kuala Lumpur

Jangan Masuk Ke Iconic Bridge Elmina Yang Sedang Viral

Iconic Bridge Elmina Valley Park Sime Darby 01 copy
%nbsp;

Untuk mereka yang belum berkesempatan membaca peringatan ini saya sekadar berkongsi untuk kebaikkan bersama.

Iconic Bridge Elmina Valley Park Sime Darby 03

“Assalamualaikum. Hari tu saya ada terbaca ada orang post dan viralkan jambatan ni (Iconic Bridge). Untuk pengetahuan semua jambatan ini belum lagi dibuka kepada orang awam dan belum lagi diserahkan kepada client tapi dah ada orang ceroboh naik siap bergambar dan viralkan. I really concern about my landscape there, because my team yang berpenat siapkan landscape kat sana then tetiba viral dan jadi tak terkawal.

Ramai yang dah cuba untuk climb slope tu dan pijak2 rumput dekat slope tu. So saya mohon supaya stop untuk viralkan benda yang belum boleh lagi digunakan/dinaiki supaya tak susahkan pihak lain contractor khususnya sebab setiap kali ada defect apa2 kita as contractor yang susah. Kalau nak datang untuk beriadah dekat taman sebelah dia tu boleh je tapi please jangan cuba nak ceroboh naik jambatan ni. Dan hari ni pulak saya dapat tangkap ada yang siap main kereta control panjat slope berumput ni and tahu tak it will damage the carpet grass. Haih tak faham la banyak banyak tempat kat situ jugak la nak main kan. Banyak lagi tarikan lain kat situ yang boleh bergambar contoh rainbow bridge, tunnel bridge oren kat dalam tu and taman sekitarnya lah. Nanti bila dah dibuka for public haa boleh la awak semua nak bergambar sampai lebam kat situ for now please jangan lagi. Nak bergambar dari bawah tak salah ok je cuma jangan cuba utk climb slope tu je. And sebenarnya nak viralkan supaya tempat tu jadi femes pon ok tak salah cuma yang salah bila dah ceroboh kawasan yang belum lagi dibuka for public. Sekian my two cent because i really concern about my carpetgrass there. Pls jangan kecam i ye.”

Iconic Bridge Elmina Valley Park Sime Darby 02

Elmina Valley Park SIME DARBY
Elmina Valley Park Sime Darby

 

Memang destinasi yang baru, moden dan cantik seperti ini menjadi salah satu destinasi pelancongan domestik bagi rakyat Malaysia. Semua orang memang tak sabar nak tengok dan rasa sendiri kehebatan tempat ini. Tetapi, apa yang disuarakan oleh pihak terlibat, (mungkin dari pihak Kontraktor yang terlibat) ada asas yang kukuh supaya ia tidak mendatangkan bahaya kepada sesiapa sahaja yang menceroboh kawasan ini kerana ia belum lagi siap sepenuhnya.

Jadi, sebaiknya jangan la menceroboh kawasan orang yang belum dibuka. Ia adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan. Tunggu lah ia siap sepenuhnya.

Nak tahu apa lagi yang menarik di Elmina Valley Park Sime Darby, boleh lihat sendiri di laman web rasmi mereka City of Elmina Sime Darby.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.