GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Lihat Pemandangan KL Dari Bukit Changkat Tunku Hill

Sejak saya kongsi sekeping gambar yang menampakkan pemandangan Kuala Lumpur secara dekat dari satu bukit sekitar Kuala Lumpur, ramai rakan hantar mesej dan bertanyakan lokasi. Lihat sendiri Pemandangan KL Dari Bukit Changkat Tunku ini, ia memang memukau mata sesiapa sahaja.

Untuk mereka, saya dah kongsi. Untuk rakan pembaca, mungkin ada yang nak tahu kat mana lokasi paling cantik untuk lihat keindahan bandaraya Kuala Lumpur secara dekat. Kalau sebelum ini saya kongsi tentang pemandangan Kuala Lumpur dari puncak Bukit Ampang, kali ini, lokasinya lebih dekat.

Baca : Pemandangan Indah Kuala Lumppur dari Bukit Ampang Hulu Langat

Lihat Pemandangan KL Dari Bukit Changkat Tunku

Pemandangan KL Dari Bukit Changkat Tunku
 

Antara kelebihan lokasi ini, ia mempunyai jarak penglihatan yang lebih dekat dan lebih jelas. Ia juga hanya terletak sekitar radius 1 km sahaja dari pusat bandar. Namun, antara kelemahannya ia adalah kawasan yan gdekat dengan kediaman VIP dan juga orang besar-besar. Kawasan yang agak sempit dan tidak boleh membuat bising sama sekali dikawasan ini.

Terletak di sekitar kawasan Bukit Tunku, lokasi yang dikenali dengan nama Changkat Tunku ini sebelum ini popular bagi kalangan jurugambar dan juga mereka yang selalu jogging di sekitar Kuala Lumpur.
 

Pemandangan KL Dari Bukit Changkat Tunku 04
View KL dari Changkat Tunku

Baca : Tempat Menarik Di Kuala Lumpur

Kawasan ini kawasan kejiranan yang sunyi. Jadi jika ada yang bercadang untuk ke sini, mohon jaga adab dan tatasusila yang mana ia patut diberikan perhatian supaya ia tidak menimbulkan sebarang masalah dikemudian hari.

Memang benar, jalanraya untuk ke atas adalah jalanraya yang bebas untuk semua namun kerana kedudukkannya yang sangat dekat denga 3 rumah kediaman, membuatkan ia kawasan yang patut dihormati. Privasi penduduk kawasan itu, haruslah dijaga.
 

Pemandangan KL Dari Bukit Changkat Tunku

Pemandangan KL Dari Bukit Changkat Tunku 02
 

Kepada yang sudah ke sini, mungkin boleh kongsikan dengan pembaca lain cara mudah untuk ke sana. Paling senang. mohon komen lokasi atau cara untuk ke Bukit Tunku Kuala Lumpur.

Kalau saya, ini dia lokasi Changkat Tunku Hill ni kat mana? Boleh cari di sini Peta Google Map Facebook.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.