GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Bagaimana Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional LHDN Malaysia

Ramai sedia maklum bahawa, Bantuan Prihatin Nasional telah diumumkan oleh Perdana Menteri ketika dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat. Ia bertujuan untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan akibat wabak Coronavirus Covid-19. Pakej Rangsangan ini mampu merancakkan ekonomi yang hampir lumpuh ini. Memandangkan ia informasi yang penting, saya turut akan berkongsi Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional bagi rakyat Malaysia.

Untuk makluman, perlu diingatkan bahawa ini adalah pembayaran secara “One Off”. Ia pembayaran sekali sahaja. Ia akan diberikan kepada golongan B40 dan juga golongan M40.
Dengan bantuan ini, ia akan diagihkan kepada semua lapisan masyarakat seperti penjawat awam, pekerja swasta termasuk pekerja restoran, pemandu teksi, peniaga kecil dan ramai lagi seperti yang telah diumumkan dalam Bantuan Prihatin Nasional, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.



Info Penting : Sila buat permohonan di website rasmi di LHDN, BSH sahaja.

Baca : Cerita Isu Semasa Di Blog MrJocko

Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional

Bantuan_Prihatin_Nasional_2020 copy
 

Kriteria Kelayakan Bantuan Prihatin Nasional

Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional 02
 

Bagaimana Mohon Bantuan Prihatin Nasional?

Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 ini akan diberi berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH).
Bagi golongan M40 pula, pemberian akan diberi berdasarkan data & percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Sila buat semakan status mulai 1 April 2020.

Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40

Mereka yang layak menerima bantuan BPN ini boleh buat semakan mulai 1 April 2020 di portal rasmi kerajaan:
* Bantuan Prihatin Nasional (BPN) –> https://bpn.hasil.gov.my/
* Bantuan Sara Hidup (BSH) –> https://bsh.hasil.gov.my
* Lembaga Hasil Dalam Negeri –> http://www.hasil.gov.my
* Kementerian Kewangan Malaysia –>https://www.treasury.gov.my

Jika anda memenuhi kriteria tetapi TIDAK TERSENARAI, sila buat permohonan baru mulai 1 April di Portal Rasmi berikut SAHAJA:
* Bantuan Prihatin Nasional (BPN) –> https://bpn.hasil.gov.my/
* Bantuan Sara Hidup (BSH) –> https://bsh.hasil.gov.my
* Lembaga Hasil Dalam Negeri –> http://www.hasil.gov.my
* Kementerian Kewangan Malaysia –>https://www.treasury.gov.my

Pemohon hendaklah mengisi borang di atas talian dan kemukakan bukti pendapatan anda. Permohonan yang telah diterima akan disemak berdasarkan data agensi yang ditetapkan.

TIDAK PERLU PEGI KE KAUNTER LHDN UNTUK URUSAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL.

Siapakah Yang Layak Dapat Bantuan?

Kategori penerima BPN B40 mengikut kelayakan:

1. Isi Rumah
* Kahwin, atau
* Ibu Tunggal/ Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang ada buat laporan maklumat Anak pada BSH 2020 dan
* Pendapatan Isi Rumah RM4000 dan ke bawah (Bulanan)

2. Bujang

* Bujang atau
* Ibu Tunggal/ Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak buat laporan maklumat Anak pada BSH 2020 dan
* Pendapatan Isi Rumah RM4000 dan ke bawah (Bulanan)
* Umur 21 tahun ke atas termasuk kategori warga emas 60 tahun ke atas

Kategori penerima BPN M40 mengikut kelayakan :

Kategori_Bantuan_Prihatin_Nasional

1. Isi Rumah
* Kahwin, atau
* Ibu Tunggal/ Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda berdasarkan data percukaian dan,
* Pendapatan Isi Rumah RM4001 dan RM8000 (Bulanan) berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini

2. Bujang

* Bujang dalam data percukaian
* Had umur 21 tahun ke atas
* Pendapatan bulanan RM2001 hingga RM4000 (Bulanan) berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)

3. Pembayar Cukai warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia.
 

Ringkasan Saya

1. Jumlah RM1600 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.

2. Jumlah RM1000 kepada isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.

3. Jumlah RM800 kepada individu bujang 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.

4. Jumlah RM500 kepada individu bujang 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.

Seperti biasa, untuk kesahihan dan Makluman Terkini, dapatkan informasi di laman web Rasmi Pihak Kerajaan sahaja. Jangan terpedaya dengan pihak ketiga, kerana pihak Kerajaan TIDAK MELANTIK MANA-MANA AGEN untuk menguruskan Bantuan Prihatin Nasional ini.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.