GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Hotel Review Satun Riverside Resort Halal Muslim Thailand

Ramai pelancong Malaysia masih tidak tahu, bahawa sekitar Selatan Thailand, khususnya di Satun, ada banyak lokasi Hotel dan Resort Halal Muslim yang boleh mereka singgah. Kali ini, saya nak kongsi pengalaman menginap semalam di Resort Riverside Satun. Yang ini, adalah cerita perkongsina Hotel Review Satun Riverside Resort Halal Muslim Thailand.

Hari pertama mendarat di Hatyai, kami terus menuju ke satu lokasi outskirt, agak pendalaman di tengah hutan untuk merasai sendiri pengalaman menginap di resort tepi sungai yang terkenal di Satun. Kawasan ini yang terletak berdekatan dengan Wang Sai Thong Waterfall, Satun. Memandangkan kawasan ini kawasan pelancongan ekologi, ada banyak resort yang boleh anda cuba. Kami memilih Satun Riverside Resort kerana pilihan utama untuk menu makanan Halal Muslim selama kami menginap di sini.

Baca : Tempat Pelancongan Menarik di Satun, Thailand

Hotel Review Satun Riverside Resort Halal Muslim Thailand

Hotel Review Satun Riverside Resort Halal Muslim 01 copy

Hotel Review Satun Riverside Resort Halal Muslim 02

Hotel Review Satun Riverside Resort Halal Muslim 03

Hotel Review Satun Riverside Resort Halal Muslim 04
 

Dari pekan Hatyai, lokasi resort ini agak ke dalam dan memerlukan 2 jam perjalanan. Terletak sejauh kira-kiran 127km. Namun, tak perlu risau sebab dalam perjalanan, kami melalui jalan yang lebar dan selesa tanpa tol. Kemudahan kawasan Rehat dan Stesen Minyak juga ada banyak dan tidak perlu risau.

Ruang resort ini terletak betul-betul bersebelahan dengan sungai dan juga air terjun terkenal di Satun, Wang Sai Thong Waterfall.

Hotel Review Satun Riverside Resort Halal Muslim 05

Hotel Review Satun Riverside Resort Halal Muslim 06

Hotel Review Satun Riverside Resort Halal Muslim 07

Hotel Review Satun Riverside Resort Halal Muslim 08
 

Harga bilik untuk pakej Dorm bermula dari THB600 (MYR80) dan mereka juga ada mempunyai bilik untuk keluarga yang besar. Kebiasannya setiap pakej bilik datang dengan Sarapan Pagi PERCUMA (Sarapan Pagi Halal).

Oh ya, kalau nak tahu, setiap bilik unik dan punyai dekorasi yang sangat cantik dan mesra dengan alam semulajadi.

Dekorasi bahagian luar juga menarik yang mana ada bahagian santai di setiap bilik dengan kawasan yang menghadap sungai. Bilik yang mempunyai cermin yang besar ini memberi pengalaman bangun pagi yang sangat segar. Buka mata dah lihat pokok-poko dan deruan air sungai yang tenang.

Antara Komen Tetamu Satun Riverside Resort di Laman Google Maps

“Pong Phuphasith – Rating 4/5 : Visited 9 months ago on Google-
(Translated by Google) Casual style accommodation, simple, inexpensive, with food under the buffet to eat during the day, good atmosphere, not very hot, near the stream. Whitewater rafting is 5-10 kilometers, clear water, clean and natural, not dangerous. There is a coffee shop serving medium quality food. But the shop bought the goods off fast, must hurry to buy For wanting to eat them, snacks must be bought from outside. If many people come together Staying here should be better because there are a lot of rooms. There are rooms, large rooms for service. Will stay a little noisy Accommodation in that area is probably the largest. The most impressive is the owner, the customer care is very friendly.”

 

Sayang kami hanya sempat bermalam semalam, makan malam dan sarapan pagi sahaja di sini. Tidak berkesempatan untuk mencuba aktiviti air seperti White Water rafting atau Kayak. InsyaAllah, lain kali kalau ada peluang kami ke sini lagi.

Untuk memudahkan anda semua mencari lokasi Satun Riverside Resort ini boleh ke alamat 258 หมู่ 10 ต.น้ำผุด La-ngu District, Satun 91110, Thailand. Atau membuat tempahan di talian telefon +66 89 598 1712.

Hotel Review Satun Riverside Resort Halal Muslim Thailand

Layari laman Facebook Fanpage mereka di sini Satun Riverside Resort Thailand

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.