GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Hotel Review Sripakpra Andacura Boutique Resort Phatthalung

Ini kali pertama saya sampai di Phatthalung. Satu bandar kecil atas daripada Hatyai, tetapi punyai tarikan tersendiri. Pengalaman kami, berpeluang menginap di resort persisir tasik Thale Noi yang terkenal. Ini adalah cerita Hotel Review Sripakpra Andacura Boutique Resort Phatthalung di Selatan Thailand.

Waktu kami sampai sini sudah hampir waktu malam. Tak banyak yang boleh kami buat, melainkan menunggu untuk makan malam. Yang pasti, waktu sunset di sni pun sangat cantik dengan pemandangan tasik dan juga ikon sinonim di Phatthalung iaitu PakPra, sejenis pukat peralatan untuk menangkap ikan secara tradisional.

Baca : Tempat Menarik Yang Boleh Anda Lawat Di Phatthalung Thailand

Hotel Review Sripakpra Andacura Boutique Resort Phatthalung

Sripakpra_Andacura_Boutique_Resort_Phatthalung_05 copy

Sripakpra_Andacura_Boutique_Resort_Phatthalung_01

Sripakpra_Andacura_Boutique_Resort_Phatthalung_03

Sripakpra_Andacura_Boutique_Resort_Phatthalung_04
 

Kawasan ini tak jauh dari pekan Phatthalung. Ia antara resort terbaik di sini dan menjadi pilihan ramai pelancong tempatan dan luar negara. Harga pakej bilik di sini bermula dari harga THB2300 (MYR300) bagi penginapan 2 hari 1 malam untuk 2 orang termasuk sarapan pagi.

Sripakpra Andacura Boutique Resort ini dikatakan diberi rating 5-Star, salah satu penginapan mewah di Phatthalung. Tetapi secara pribadi, saya rasa ia hanya mampu dikategorikan sebagai 4-Star sahaja. Sebab, ada beberapa kelemahan lain yang rasanya perlu ditambahbaik.

Resort ini terletak di kawasan Wat Khuha Sawan iaitu kira-kira 30 minit pemanduan. Pun begitu, tempat menarik kawasan ini, Thale Noi Waterfowl Park hanya terletak sekitar 5km sahaja.

Resort ini menawarkan sebanyak 37 bilik. Ia adalah penginapan di Sripakpra Andacura Boutique Resort yang menawarkan kemudahan WiFi percuma, bilik yang luas, TV, dengan kemudahan tab mandi dan semestinya pemandangan dari bilik yang menakjubkan.

Sementara itu, ia menawarkan kemudahan lain seperti outdoor pool dan juga Gimnasium untuk tetamu hotel.

Sripakpra_Andacura_Boutique_Resort_Phatthalung_09
Bilik di SriPakpra Andacura

Sripakpra_Andacura_Boutique_Resort_Phatthalung_10

Sripakpra_Andacura_Boutique_Resort_Phatthalung_11
Outdoor Pool SriPakpra Andacura

Sripakpra_Andacura_Boutique_Resort_Phatthalung_12
 

Kalaulah anda menginap di sini, tak perlu pergi jauh. kawasan resort juga menyediakan banyak aktiviti menarik seperti berbasikal percuma kepada tetamu hotel, atau ambil pakej tambahan untuk aktiviti melihat Sunrise di Pakpra atau Pokok Teratai di Thale Noi.

Selain tu, kalau nak santai mandi manda di kolam mandi di sini pun dah cukup menarik sambil menikmati pemandangan landskap yang cantik sekitar SriPakpra Andacura Resort.
 

Sripakpra_Andacura_Boutique_Resort_Phatthalung_07
Lobby Sripakpra Andacura Resort

Sripakpra_Andacura_Boutique_Resort_Phatthalung_08

3 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.