GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Kanomwaan Pakee Phatthalung Gerai Manisan Popular

Makanan seperti manisan atau desserts memang menjadi pilihan ramai sebab ia sedap. Jadi, kalau ke Phatthalung, anda wajib singgah di gerai popular ini. Perkenalkan kepada anda semua, Kanomwaan Pakee Phatthalung Gerai Manisan Popular di Phatthalung, Thailand.

Gerai manisan ini sangat popular di Phatthalung dan menyediakan hanya menu manisan sahaja. Menu-menu manisan ini adalah dari resipi tradisional orang Selatan Thailand dan punyai banyak persamaan dengan menu masakan manisan orang Kelantan, Kedah dan juga Perlis. Hanya manisan dan punyai puluhan jenis menu yang boleh anda cuba dari Pengat Pisang, Bubur hinggalah kepada Bubur Sagu. Semua sedap-sedap.

Baca : Menu Makanan Sedap Pernah Saya Cuba

Kanomwaan Pakee Phatthalung Gerai Manisan Popular

Kanomwaan_Pakee_Gerai_Manisan_Popular_Phatthalung_08 copy

Kanomwaan_Pakee_Gerai_Manisan_Popular_Phatthalung_01
Kanomwaan Pakee Phatthalung

 

Kenapa gerai Kanomwaan Pakee ini popular? Salah satu sebab, kerana ia sudah lama bertapak di kawasan ini. Kena pula, menu yang dihidangkan memang asli dan tradisional. Susah nak jumpa di kawasan lain. Paling menarik tumpuan, harga satu mangkuk, menu apa sahaja, cuma THB10 sahaja (MYR1.30). Murahkan???

Baca : Resort Terbaik Di Pakpra Phatthalung Thailand

Kanomwaan_Pakee_Gerai_Manisan_Popular_Phatthalung_05

Kanomwaan_Pakee_Gerai_Manisan_Popular_Phatthalung_06

Kanomwaan_Pakee_Gerai_Manisan_Popular_Phatthalung_07
 

Ya, jangan tak percaya, menu yang sedap dan rare ini hanya dijual dengan harga yang murah sahaja. Kalau dah singgah, satu dua mangkuk memang tak cukup…

Kalau di Malaysia dan lekasi lain, susah dah nak dapat harga semurah ini. Ia biasa dijual dengan harga sekitar MYR3 semangkuk dan mungkin ia tidak se’original’ menu orang kampung seperti ini.
 

Kanomwaan_Pakee_Gerai_Manisan_Popular_Phatthalung_04

Kanomwaan_Pakee_Gerai_Manisan_Popular_Phatthalung_04

Kanomwaan_Pakee_Gerai_Manisan_Popular_Phatthalung_03

Kanomwaan_Pakee_Gerai_Manisan_Popular_Phatthalung_09
Habis Licin. Semua cuma THB80 sahaja (MYR10.40)

 

Lokasi gerai tak jauh dari pusat pekah Phatthalung dan berada di tepi jalan utama. Papan tanda besar ada di sini dan InsyaAllah anda tak akan sesat. Kalau nak ke sini boleh ikut alamat ini Makok Nuea, Khuan Khanun District, Phatthalung 93150, Thailand. Atau boleh sahaja cari di carian Google Maps, senang nak tuju.

Setakat yang saya tahu menu di sini Friendly Muslim dan InsyaAllah tak ada menu-menu yang berkaitan Pork, Lard atau yang tidak halal. Recommended by Tourism Authority of Thailand Halal Muslim.

Banyak lagi gambar menarik tentang Restoran Kanomwaan Pakee Phatthalung di sini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.