GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Keindahan Sunrise Di Pakpra Phatthalung Thailand

Siapa sangka, pekan kecil seperti Phatthalung punyai banyak tarikan yang unik, yang tidak ada dilokasi lain. Antara yang mengujakan saya, pengalaman melihat sendiri Keindahan Sunrise Di Pakpra Phatthalung Thailand. Ia satu pengalaman yang menakjubkan, sekali seumur hidup mungkin perlu anda semua rasai.

Seawal pagi, selepas waktu Subuh, masa yang sesuai untuk turun ke sungai menuju ke muara Tasik Thale Noi. Waktu ini, perjalanan dengan bot panjang dan kecil ini, memberi pengalaman baru. Hanya sekitar 10 minit dari Jeti Sungai, kami teruja melihat banyaknya Perangkap Ikan Tradisional Thailand yang dikenali dengan nama PakPra berada di tengah muara sungai dengan latarbelakang yang cantik.

Baca : Hotel Review Sri PakPra Andacura Phatthalung

Keindahan Sunrise Di Pakpra Phatthalung Thailand

Keindahan Sunrise Di Pakpra Phatthalung Thailand 08 copy

Keindahan Sunrise Di Pakpra Phatthalung Thailand 01

Keindahan Sunrise Di Pakpra Phatthalung Thailand 02

Keindahan Sunrise Di Pakpra Phatthalung Thailand 03
 

Pakej untuk melihat keindahan Sunrise PakPra di muara sungai Thale Noi ini boleh anda dapat dari Travel Agensi di Hatyai dan juga di Phatthalung. Kebiasaannya, harga pakej sekitar THB3000 untuk satu bot, termasuk pakej ke dua lagi lokasi berdekatan iaitu ke Hutan Paya Bakau dan juga ke Tasik Teratai Popular Thale Noi.

Lokasi di Muara Sungai Thale Noi ialah lokasi pertama memandangkan ia adalah tempat untuk pelancong merakam pemandangan indah matahari terbit di muara Tasik Thale Noi. Ya, ia sebuah tasik bukan lah laut yang ramai orang fikirkan.

Informasi tentang Thale Noi ini boleh baca di sini :

‘The Thai name ‘Thale Noi’ translates to ‘little sea’ in English language (thale = sea; noi = little). The wetlands were internationally recognised as a biodiversity hotspot in 1975 when the Department of National Parks, Wildlife & Flora, under the Ministry of National Resources and Environment and in conjunction with the International Union for Conservation of Nature (IUCN) declared it a Protected Area Category III (Natural Monuments), aimed at protecting particular natural features of a small area with high visitor value.’

Sumber : Wikipedia Thale Noi Phatthalung Thailand
 

Sunrise Di Pakpra Phatthalung Thailand 04

Sunrise Di Pakpra Phatthalung Thailand 05

Sunrise Di Pakpra Phatthalung Thailand 06

Sunrise Di Pakpra Phatthalung Thailand 07
 

Kalau tak banyak info tentang Pakpra Thale Noi Phatthalung, boleh Google di laman web. InsyaAllah, ada banyak perkongsian gambar-gambar cantik Photographer yang singgah untuk merakam keindahan Sunrise Pakpra Thale Noi.

Nak mudah, terbang ke Lapagan Terbang Hatyai dan naik keretapi hingga ke Stesen Keretapi Phatthalung.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.