GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Melihat Lotus Thale Noi Waterbird Park Phatthalung Thailand

Teruja dengan keindahan bunga teratai di tasik Thale Noi. Lokasi tempat menarik di Thailand ini sudah menjadi viral sejak bertahun, namun tak ramai yang sempat singgah di kawasan ini. Kali ini, trip ke Hatyai, Phatthalung dan Satun, kami berpeluang untuk Melihat Lotus Thale Noi Waterbird Park Phatthalung Thailand.

Masa yang sesuai untuk melihat ribuan bunga Teratai atau Lotus di Tasik Thale Noi ini ialah pada bulan Mac hingga April. Tetapi, kalau datang pada bulan lain, ia masih lagi ada, tetapi tidak sebanyak waktu peak atau musim bunga Teratai ini kembang. Rancang perjalanan anda ke sini supaya dapat lihat sesuatu yang menakjubkan.

Baca : Destinasi Viral Pelancongan Di Thailand

Melihat Lotus Thale Noi Waterbird Park Phatthalung Thailand

Lotus_Thale_Noi_Waterbird_Park_Phatthalung_06 copy

Lotus_Thale_Noi_Waterbird_Park_Phatthalung_01

Lotus_Thale_Noi_Waterbird_Park_Phatthalung_02
 

Info Tentang Thale Noi Phatthalung.

Thale Noi dalam bahasa Thailand bermakna ‘small sea’. Ia adalah sebuah tasik yang bersambung dengan Thale Sap (Songkhla Lake) yang merupakan tasik air tawar terbesar di Thailand. Kawasan ini meliputi kawasan di wilayah Nakhorn SiThammarat dan Songkhla. Ia adalah kawasan rizab hidupan air yang terbesar di Thailand. Meliputi kawasan seluas 450 kilometer persegi dengan 94% adalah kawasan tanah lembab (422 kilometer persegi) dan 6% (28 kilometer persegi ) diliputi air yang seluas 5 kilometer lebar dan 6 kilometer panjang dengan kedalaman purata 1.2 meter.

Kawasan ini juga, merupakan kawasan ‘wetland’ yang pertama di negara Thailand dan diwartakan dibawah Ramsar Wetland (Ramsar Convention) pada tahun 1998 dan yang ke-110 dalam senarai wetland antarabangsa. Kawasan ini dikenali sebagai hutan paya Khuan Khi Sian dan menjadi kawasan ‘Non Hunting Area’ sejak dari tahun 1975. Ia bertujuan untuk memelihara hidupan air disini dan menjaga ekosistemnya.

Pakej untuk melihat Lotus ini biasanya akan ditawarkan sekali dengan pakej Melihat Sunrise Pakpra di Thale Noi.. Harga bergantung kepada travel agent, tetapi harganya tidak banyak beza.

Kalau nak tempah lebih murah, boleh cuba tanya orang kampung sekitar Phatthalung.
 

Lotus_Thale_Noi_Waterbird_Park_Phatthalung_03

Lotus_Thale_Noi_Waterbird_Park_Phatthalung_04

Lotus_Thale_Noi_Waterbird_Park_Phatthalung_05
 

Masa yang sesuai untuk ke sini sekitar jam 7.30am hingga jam 9.00am. Sebab kalau melebihi jam 10.00am, ia agak panas kerana kawasan yang luas tanpa pokok-pokok yang boleh melindungi dari bahang matahari. Jadi, sebaiknya, kalau ke sini, sila pakai Topi, Pelindung Kepala atau pakaian yang boleh menahan dari panas.

Ada banyak tempat yang menjadi port bunga Teratai ni. Kesemuanya memang cantik. Pemandangan kat sini memang memukau sesiapa sahaja. Ini pengalaman pertama saya dalam tasik yang luas dengan ribuan pokok Lotus yang kembang memekar yang cantik. Awesome!!!
 

Lotus_Thale_Noi_Waterbird_Park_Phatthalung_06

Lotus_Thale_Noi_Waterbird_Park_Phatthalung_07

Lotus_Thale_Noi_Waterbird_Park_Phatthalung_08
Jeti Sungai di Thale Noi

Baca : Tempat Menarik di Hatyai Thailand

Jadi, jika anda ke Hatyai, ambil peluang untuk singgah di sini. Luangkan 1 hari di sini, Phatthalung dan pastinya anda akan teruja dengan keindahan yang ada di Thale Noi.

Baca : Antara Penulis Blog yang berkongsi tentang Lotus Thale Noi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.