GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Perintah Kawalan Pergerakan 2020 Tak Boleh Keluar Negara

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja muncul dikaca TV RTM, TV3, Astro dan beberapa saluran lain dengan membuat Perutusan Khas ekoran Wabak COVID-19. Kali ini, Rakyat Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan 2020 Tak Boleh Keluar Negara dan juga beberapa pergerakkan kawalan yang lain.

Perintah kawalan ini adalah mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula hari Rabu ini, pada tarikh 18 sehingga 31 Mac di seluruh negara.

Baca : Cerita Tentang Berita Malaysia dan Isu Semasa

Perintah Kawalan Pergerakan 2020 Tak Boleh Keluar Negara

Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020

Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020_Perdana_Menteri
Perutusan Khas Covid-19 Perdana Menteri

 

Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi Pertama; larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Perintah Kawalan Pergerakan Kedua; sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.

‘Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari’

Ketiga; sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

Keempat; penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

Kelima; penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

Keenam; penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terbabit dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Jadi, untuk mereka yang memang ada perancangan untuk ke luar negara bermula 18 sehingga 31 Mac 2020 nanti, boleh lah dapatkan maklumat lanjut dengan pihak terbabit. Kalau nak mohon refund tiket penerbangan dan sebagainya, kena la buat dengan pihak yang berkenaan.

Baca : Cara Pohon Refund Tiket Penerbangan AirAsia

Memandangkan untuk tempoh 14 hari ini kita akan berada dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan, sebaiknya percutian dan pergerakan dalam negara juga perlu dihadkan. Tak perlu nak ke lokasi yang ada ramai orang dan sebaiknya kalau tidak ada apa-apa yang penting, mohon berada di kawasan kediaman sahaja. Sebaiknya kata orang, kita LockDown sendiri kat rumah sementara wabak Covid-19 berleluasa.

Oh ya, Supermarket, Pasaraya, Kedai, Bank dan pelbagai lokasi yang penting masih lagi dibuka kepada orang awam. Oleh itu, tidak perlulah nak buat pembelian panik. Kerajaan dah jamin bekalan makanan akan mencukupi.

Untuk anda yang tidak dapat travel dalam masa ini, memang la sedih. Tapi harap bersabar. Insyallah ada rezeki lain kali. Kalau kita travel dapat penyakit, sakit, tak guna juga kan?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.