GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Troy Collings Travel Agent Budget Pertama Korea Utara Meninggal Dunia

Troy Collings Travel Agent Budget Pertama Korea Utara Meninggal Dunia. Beliau adalah Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Young Pioneer Tours, sebuah agensi yang memberi tumpuan kepada pelancong muda yang ingin melakukan perjalanan ke negara Korea Utara. Sebagaimana yang ramai ketahui, tidak ramai pelancong yang melancong ke Korea Utara, berbanding dengan pelancong ke Korea Selatan.

Beliau yang dikatakan pelopor dalam memperkenalkan Sektor Pelancongan di Korea Utara meninggal pada usia 33 tahun dan disebabkan oleh serangan Sakit Jantung. Usaha Troy Collings sebelum inni sudah memberi impak yang besar dalam sektor pelancongan ke Korea Utara.

Baca : Teringin Nak Travel Ke Korea Utara?

Troy Collings Travel Agent Budget Pertama Korea Utara Meninggal Dunia

Troy Collings Travel Agent Budget Pertama Korea Utara Meninggal Dunia copy copy

Troy Collings, yang berasal dari New Zealand, meninggal pada minggu lalu. Ramai berpendapat, Troy memainkan peranan penting dalam menubuhkan ‘Young Pioneer Tours’ sebagai salah satu syarikat pelancongan utama untuk Korea Utara.

Dikalangan mereka yang menguruskan perjalanan pelancongan serata dunia, ramai yang mengakui bahawa bukan senang untuk mendapat peluang masuk ke negara Korea Utara.

Troytelah mengasaskan syarikat itu dengan rakannya Gareth Johnson pada tahun 2008. Dalam temuramah pada tahun 2018, beliau berkata minatnya terhadap negara itu didorong oleh dokumentari 2004 mengenai Gimnastik Korea Utara, A State of Mind.

Kemudian, beliau menyedari bahawa potensi pelancongan di Korea Utara boleh membantu penduduk tempatan dan mempengaruhi pembangunan negara tersebut. Pengalaman berada di Korea Utara memberi kesan kepada beliau dan ingin membawa orang lain untuk mengenali apa yang sebenarnya ada di negara yang banyak berahsia ini.
 

Troy Collings Travel Agent Budget Pertama Korea Utara Meninggal Dunia 2

Troy Ketika di Korea Utara

Baca : Korean Folk Village di Seoul

Pakej agensi itu berkisar tentang itinerary melawat ibu negara Pyongyang dan perjalanan disekitar bandar dan luar bandar.

“Sekiranya bukan untuk model harga belanjawan yang dipelopori YPT maka ramai orang muda tidak akan pernah mempunyai peluang untuk melawat Korea Utara” kata Chad O’Carroll, Pengarah Urusan laman web pakar Korea Utara NK News kepada BBC.

Saya percaya, ramai pelancong tegar teringin nak ke Korea Utara. Namun, ia bukanlah mudah. Diharapkan suatu hari nanti Korea Utara akan membuka pintu masuk mereka kepada pelancong seluruh dunia untuk melihat banyak destinasi menarik dan Unseen North Korea.

Semestinya, kalau ada peluang, saya pun nak melancong ke Korea Utara.

Sumber : BBC Troy Collings

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.