GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Desaru Coast Akan Jadi Tempat Pelancongan Terbaik Di Johor

Kesan dari pandemik Covid-19, pastinya ramai antara kita yang ambil langkah selamat kalau nak melancong selepas virus ini reda. Ya, tak perlu pergi jauh, cukup dahulu melancong dalam Malaysia. Sebab, dalam negara pun kita ada banyak tempat menarik. Sebagai contoh, dikatakan Desaru Coast Akan Jadi Tempat Pelancongan Terbaik Di Johor menjelang 2025.

Di hujung barat daya Malaysia, pada penghujung negara yang dikenali dengan negara Harimau Selatan, ia sebenarnya mempunyai pantai yang menarik untuk diterokai. Menghadap Laut China Selatan, inilah dia Desaru, yang bermaksud kampung yang penuh dengan pokok-pokok Rhu.

Baca : Hotel Paling Menarik Di Desaru Hard Rock Cafe Desaru Coast

Desaru Coast Akan Jadi Tempat Pelancongan Terbaik Di Johor

Desaru Coast Akan Jadi Tempat Pelancongan Terbaik Di Johor
 

Lama dah lokasi ini sebenarnya menawarkan pelbagai tarikan kepada penonton, namun ia tidak dikomersilkan. Namun, selepas beberapa tambahan kepada kemudahan setempat, beberapa binaan infrastruktur serta pembinaan hotel dan taman air yang meanrik, kini aia berubah dan semakin dikenali ramai.

Semakin banyak lokasi menarik untuk pengunjung terokai termasuk restoran, kedai, destinasi berkaitan pelancongan dan banyak lagi. Itu semua berubah sekarang dengan pengenalan kawasan peranginan baru. Penambahan banyak bilik hotel kelas mewah juga menarik ramai pelancong VIP untuk melancong ke Desaru Coast Johor.

Beberapa tahun kebelakangan ini, rangkaian hotel termasuk Anantara Desaru Coast Resort and Villas yang mewah, Hard Rock Hotel dan banyak lagi jenama hotel dibina di sini dan ia semakin merancakkan sektor pelancongan di Desaru Johor.
 

Desaru Coast Akan Jadi Tempat Pelancongan Terbaik Di Johor 2
Taman Air Desaru Coast
Desaru Coast Akan Jadi Tempat Pelancongan Terbaik Di Johor 3
Golf Course Desaru
Desaru Coast Akan Jadi Tempat Pelancongan Terbaik Di Johor 4
Hard Rock Hotel Desaru Coast

Nak makan buah sedap dan murah boleh ke Desaru Fruit Farm Johor

Antara faktor perkembangan pelancongan di Desaru Coast mungkin sebab ia dekat dengan Singapura. Hanya sekitar 1 jam 30 minit pemanduan dari sempadan Singapura atau hanya 30 minit perjalanan menaiki Feri, lokasi ini memang strategik kepada pelancong tahap pertengahan ke atas.

Dengan banyak kelebihan terbaru seperti Hotel Hard Rock Desaru Coast, Taman Tema Air Desaru Coast dan juga banyak lagi kemudahan lain termasuk padang golf bertaraf dunia.

Untuk permulaan perjalanan pelancongan anda selepas ini, mungkin boleh letakkan ia dalam senarai wajib travel untuk rakyat Malaysia. Sedikit info, baca di sini Tourism Johor Desaru Coast.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.