GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Napokae Learning Centre Muzium Sawah Padi Khuan Khanun

Bumi Phatthalung memang ada banyak tarikan unik untuk pelancong. Ambil contoh kawasan ini, dikenali dengan nama Napokae Learning Centre Muzium Sawah Padi di kawasan daerah Khuan Khanun, Phatthalung, Thailand. Satu kawasan sawah padi yang dijadikan sebagai Muzium Hidup, merujuk kepada budaya tradisi petani di daerah ini. Saling tak tumpah seperti kawasan penanaman padi di Kedah dan Perlis.

Bezanya cuma, kawasan ini punyai ramai penduduk bukan Muslim dan corak kehidupan mereka lebih kepada budaya Siam. Pun begitu, dari segi penggunaan alatan tradisional, cara menanam padi, penggunaan kerbau dan lembu dalam sawah hampir sama dengan penduduk di Malaysia zaman dulu-dulu.

Baca : Pasar Minggu Viral Dalam Kebun di Thailand

 



 

Napokae Learning Centre Muzium Sawah Padi Khuan Khanun

Napokae Learning Centre Muzium Sawah Padi Khuan Khanun

Napokae Learning Centre Muzium Sawah Padi Khuan Khanun 1
 

Untuk carian di Google, cari lokasi ‘Napokae Learning Centre’. Namun, dikalangan masyarakat setempat ia dikenali dengan nama Thai, ศูนย์การเรียนรู้ นาโปแก ควนขนุน. Ia semakin menjadi tarikan pelancong ke Phatthalung, samada untuk pelancong tempatan dan juga pelancong antarabangsa.

Ia mempunyai konsep pelancongan tradisional yang menerapkan unsur-unsur agro tourism yang memberikan informasi tentang budaya pertanian tardisional berasaskan padi.

Sebagai info ringkas, Napokae memberi maksud, ‘sawah padi warisan’. Ia membawa gambaran keadaan pertanian di Thailand ketika zaman tradisional sekitar 50 tahun yang lepas. Kawasan ini terletak di daerah Khuan Khanun, hanya sekitar 20km menujun bandar kecil Phatthalung. Menariknya, kawasan ini diusahakan oleh penduduk kampung.
 

Napokae Learning Centre Muzium Sawah Padi Khuan Khanun 03

Napokae Learning Centre Muzium Sawah Padi Khuan Khanun 04

Napokae Learning Centre Muzium Sawah Padi Khuan Khanun 05

Napokae Learning Centre Muzium Sawah Padi Khuan Khanun 06

Napokae Learning Centre Muzium Sawah Padi Khuan Khanun 07
 

Pintu masuk sahaja anda akan disambut dengan ukiran Kerbau Besar yang diperbuat dari Jerami dan juga satu bentuk Gong Besar. Laluan kemudian membawa anda masuk melalui jambatan kayu menuju ke kawasan sawah padi, rumah lama, kedai, cafe dan beberapa lokasi bangsal kecik yang cantik.

Masuk adalah Percuma. Sebab itu, kalau ke sini, mohon untuk sokong usaha mereka dengan membeli produk-produk tempatan yang dijual disekitar kawasan Napokae ini.
 

Napokae Learning Centre Muzium Sawah Padi Khuan Khanun 08

Napokae Learning Centre Muzium Sawah Padi Khuan Khanun 09
Chalet Napokae
Napokae Learning Centre Muzium Sawah Padi Khuan Khanun 10
Ruang Barangan Lama
Napokae Learning Centre Muzium Sawah Padi Khuan Khanun 11
Wayang Kulit Thailand

Napokae Learning Centre Muzium Sawah Padi Khuan Khanun 12

Napokae Learning Centre Muzium Sawah Padi Khuan Khanun 13
Kedai Cenderahati

 

Napokae Learning Centre Phatthalung ini dibuka pada setiap hari mengikut jadual seperti di bawah :

Isnin – Jumaat : 8.30am – 5.30pm
Sabtu – Ahad : 8:00am – 6:30pm

Apa komen pelancong tentang Napokae Khuan Khanun Phatthalung? Baca di sini Tripadvisor

Oh ya, bagi anda yang mahukan lebih pengalaman, boleh cuba untuk bermalam di Homestay disini dengan harga sekitar THB1500 (MYR200) hingga THB1800 (MYR250) semalam untuk 2 orang termasuk Sarapan Pagi Percuma.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.