GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Beli Buah Sayur Secara Online Di ePetani Malaysia

Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak beberapa minggu yang lalu membuatkan ramai yang punyai masalah untuk mendapatkan barangan keperluan harian. Antaranya kerana masa menunggu yang lama di pasaraya, stok yang tidak ada dan macam-macam lagi. Untuk anda yang nak beli barangan dapur seperti buah-buahan dan sayuran, buat macam saya, Beli Buah Sayur Secara Online Di ePetani Malaysia.

Platform pembelian secara online dengan tambahan perkhidmatan penghantaran ke rumah ini sesuatu yang mudah dan berbaloi. Masuk ke laman web e-Petani Malaysia, pilih pakej mana yang anda nak atau boleh pilih nak beli buah atau sayur mana, bayar dan pihak e-Petani akan hantarkan barangan yang dibeli ke pintu rumah anda.

Baca : Beli Produk Online Sila Berhati-Hati Dengan Scammers
 



Beli Buah Sayur Secara Online Di ePetani Malaysia

Beli Buah Sayur Secara Online Di ePetani Malaysia 01

Beli Buah Sayur Secara Online Di ePetani Malaysia 02

Layari Laman Web e-Petani Malaysia di sini https://e-petani.storehub.me/.
 

Ada banyak pilihan buah-buahan dan sayuran di laman web online e-Petani Malaysia. Antara buah yang ada dijual termasuklah buah Guava (Jambu Batu), Nanas Manis, Buah Mangga Kim Leng, Pisang Cavendish, Honey Dew, Tembikai, Epal, Jagung, Buah Oren, Nangka Madu, Betik dan banyak lagi.

Pilihan sayuran juga banyak termasuk Cili Api, Lada Hijau, Lobak Putih, Kobis, Lada Benggali, Sawi, Timun Batang, Lemon, Kacang Panjang, Bendi dan macam-macam lagi. Sesetengah sayuran lain pun boleh order, kena maklumkan dengan mereka lebih awal. Senang kan?
 

e-Petani Malaysia
Laman Web e-Petani Malaysia

Beli Buah Sayur Secara Online Di ePetani Malaysia 03

Beli Buah Sayur Secara Online Di ePetani Malaysia 04
 

Kalau jenis anda yang suka makan makanan yang segar, inilah caranya. Produk yang dihantar ke rumah adalah pilihan buah dan sayuran segar sahaja untuk memastikan kualitinya terjamin.

Lebih-lebih lagi, konsep ini lebih mudah sebab mereka turut menyediakan pakej Set untuk jenis masakan yang anda mahu. Sebagai contoh, kalau nak masak Asam Pedas, mereka sudah sediakan pakej Set Khas dengan harga berbaloi.

Selain itu ada pakej Family, pake Salad, pakej Detox dan juga pakej Sumbangan Derma kepada mereka yang memerlukan serta sumbangan kepada Frontliners dengan harga bermula dari RM20 sahaja.

Apa lagi, mungkin ini platform yang anda cari untuk memudahkan urusan anda di dapur. Kalau tak nak beratur panjang dipasaraya dan risau akan keselamatan dengan wabak Coronavirus Covid-19, ini antara pilihan pembelian buah dan sayur terbaik untuk anda dan keluarga.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.