GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020 Raya Covid-19

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020 Raya Covid-19. Raya yang sangat berbeza selama saya hidup. Raya yang akan menjadi kenangan kepada semua rakyat dunia di mana ada banyak perkara yang tidak boleh kita lakukan dari kebiasaan turun temurun. Inilah yang dikenali dengan Hari Raya Covid-19, Baya Normal Baru.

Bayangkan Hari Raya Aidilfitri kali ini, kita tidak dibenarkan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid seperti kelaziman. Tidak dibenarkan untuk mengadakan majlis Rumah Terbuka. Paling sedih, tidak dibenarkan rentas sempadan negeri untuk pulang beraya bersama keluarga di kampung.

Baca : Selamat Hari Raya dari MrJocko Travel Blogger Malaysia

 



 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020 Raya Covid-19

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020 Raya Covid-19
 

1 Syawal 1441 Hijrah atau 24 Mei 2020, satu sejarah baru tercipta di Malaysia khususnya di mana seluruh rakyatnya menyambut hari lebaran dengan serba sederhana dan tiada istilah kunjung mengunjung seperti biasa di hari raya.

Ramai anak-anak perantau tidak dapat pulang beraya dengan mak dan ayah di kampung. Ramai terpaksa menahan rndu dan sebak di bandar besar atau berjauhan dengan keluarga kerana peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang masih lagi tidak membenarkan perjalanan merentas negeri.

Kami sekeluarga juga tidak dapat balik beraya di Kelantan tahun ini. Tinggallah kami di Kuala Lumpur menyambut raya dengan sederhana dan tidak seperti zaman dulu-dulu.

Tahun ini, tak dapat nak raya Ketupat Palas Mak, Gulai Ayam adik dan jugak Daging Itik seperti yang biasa-biasa. Memang ada jual ketupat palas segera dan daging itik di Kuala Lumpur, pastinya rasa tak sama seperti yang kami selalu makan di hari raya di kampung.

Untuk informasi, sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia disambut pada tarikh 1 Syawal 1441 bersamaan 24 Mei 2020 pada hari Ahad dan juga 25 Mei 2020 hari Isnin. Cuti tambahan ganti ditambah pada hari Selasa 26 Mei 2020.

Untuk pembaca blog kembara MrJocko, rakan-rakan dan kenalan semua, lebih-lebih lagi pada yang selalu menyokong MrJocko samda di blog dan facebook, isntagram dan twitter, kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1441, Raya Covid-19. Maaf Zahir dan Batin kalau ada tersalah dan tersilap.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.